CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17348|Reply: 13

Raja Ramen makan 10,000 cawan mi segera

[Copy link]
Post time 28-10-2024 08:10 AM | Show all posts |Read mode



TOKYO – Seorang lelaki di Jepun menjadi sensasi internet kerana tabiatnya memakan mi segera pada setiap hari selama lebih tiga dekad, lapor saluran berita Oddity Central semalam.


Sokusekisai Oyama, 65, sanggup melepaskan kerjaya sebagai seorang ilustrator demi mengejar perkara paling dia gemari iaitu makan mi segera dan menjadi pengkritik profesional terhadap mi cawan.


Dia digelar ‘Raja Ramen’ selepas makan lebih 10,000 mi cawan sejak 30 tahun yang lalu.


“Saya jatuh cinta pada mi segera semasa melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Gunma Tokyo.


“Saya mula mengumpul bungkusan mi segera dan koleksi saya kini berjumlah lebih 6,000 mi cawan dengan bungkusan berbeza,” kata Oyama.


Oyama merekodkan beberapa kejayaannya termasuk memenangi Kejohanan Mi Segera TV Tokyo iaitu rancangan televisyen yang menguji pengetahuan peserta tentang mi segera pada tahun 1995.


Kemenangan itu menjadikan Oyama sebagai seorang selebriti dan kerap muncul di kaca televisyen bagi acara yang berbeza.


Dia turut dinobatkan sebagai TV Champion Goku Kiwami Cup Ramen Arrangement King pada 2018.


Meskipun mi segera mempunyai reputasi buruk dalam aspek kesihatan, Oyama tetap kelihatan sihat selepas memakan hidangan itu jauh lebih banyak berbanding orang lain di seluruh dunia. – AGENSI





SUMBER :  Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 27-10-2024 04:27 PM

Dahulu aku pelik... My cousin and malaysian student banyak noodles stock maggie curry and tomyum... Indon dengan indomee... Bawa big crate... Sekarang caucasian pun gila ramen sebagai snack...rasa nya aku jaga tidak ikut trend.... nephew pun peranagi begitu tidak bagi aku cakap
kepada his mum heshe suka instant noodles...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 08:38 AM | Show all posts
X dinafikan kebanyakkan mee segera di pasaran, rata-ratanya sedap belaka
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 09:10 AM | Show all posts
elok nmpk sihat
rambut pun lebat


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke mi segera tak sihat? Orang Indonesia kuat betul makan mi segera. Vietnam pun. Japan dengan Korea pun sama. Tapi elok hidup lama.

Anak sedara aku, mak dia asyik sumbatkan mi segera, padahal baru darjah 4. Macam2 perisa. Yang mak bapak makan sesedap tapi anak dia kasi mi segera aje. Seram aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 12:13 PM | Show all posts
x obes pula pakcik tersebut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 28-10-2024 12:02 PM
Betul ke mi segera tak sihat? Orang Indonesia kuat betul makan mi segera. Vietnam pun. Japan dengan  ...

Lps tu yg mkn megi ni kurus2? I perati org kurus suka mkn megi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia makan Ramen tp minum green tea ...org Jepun kan terkenal gan green tea...kita makan Ramen,minum kopi viral terlajak manis...x sampai 10thn botak kepala,kencing manis potong kaki,dialisis... Kwn iolss laki bini skrg ni duk nk reverse dia org nye diabetis sbb doctor kata skt lg nak pasang tapak dialisis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknyer.. 10k mi segera sejak 30 tahun tu banyak ke?

Bangkem rasa zaman bangkem study dulu bangkem makan purata 3k bungkus megi seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 28-10-2024 02:09 PM

Mee segera x cukup nutrien, kehidupan serba mau cepat secepat 5 minit, mkn mee segera, mkn supplement dan mknn angkasawan, semua nak cepat nak senang siap
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 03:02 PM | Show all posts
mee segera memang sedap, nak pulak kalau tambah telur
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 28-10-2024 12:47 PM
Peliknyer.. 10k mi segera sejak 30 tahun tu banyak ke?

Bangkem rasa zaman bangkem study dulu bangke ...

3000÷7 hari÷24 jam=17.85 paket setiap jam
Bior betik?

10000÷30 tahun÷365 hari= 0.9 paket sehari

Bangkem dolu2 amek sastera ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 04:24 PM | Show all posts
Perencah sedapp sedut sedut hirup macam minum milo tabur
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 06:11 PM | Show all posts
sama la mcm merokok ada yg jenis kuat merokok sihat je tengok
rezeki masing2 la diberi kesihatan yg baik walaupun tak jaga pemakanan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056504 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list