CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7285|Reply: 1

'Saya sedih dengar Tupperware nak tutup’ - Tunku Azizah

[Copy link]
Post time 28-10-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 28-10-2024 02:55 PM


Oleh NUR HIDAYAH MOHD. BOZID
28 Oktober 2024, 11:11 am



Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.


PETALING JAYA – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian ramai apabila baginda  secara bersahaja memborong Tupperware di sebuah booth, mempamerkan sisi bersahaja sebagai seorang permaisuri.

Menerusi sebuah hantaran Nor Qaseh Azrul di TikTok, baginda tertarik apabila melihat Qaseh memegang beberapa bekas Tupperware dan bertanya, “Kata Tupperware dah tutup?”


Setelah Qaseh menjelaskan bahawa dia masih menjual barangan itu, baginda terus menuju ke booth untuk melihat sendiri stok Tupperware yang ada.


Dalam video tersebut, kelihatan baginda memilih pelbagai barangan termasuk botol air dan bekas makanan, sambil menyatakan betapa baginda menyukai jenama itu dan meluahkan rasa sedih apabila mendengar ia bakal ditutup.

Baginda malah tidak segan menjenguk ke bawah meja untuk memeriksa jika ada stok tambahan yang tersimpan.

Kehadiran dan minat Tunku Azizah terhadap Tupperware nyata mengundang keterujaan Qaseh, yang tidak menyangka seorang permaisuri akan singgah ke booth miliknya.



Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut memuji sikap rendah hati dan bersahaja Tengku Ampuan Pahang.

“Tak kira apa pangkat dan darjat, kalau dah mak mak namanya, memang suka tupperware. Lagenda kan?,” kata Laila.

“Siap selak bawah meja tu, betul-betul sporting,” komen Nim.

“Comelnya tengok bawah meja,” tulis Myra Rahman. – KOSMO! ONLINE





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah order satu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.439741 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list