CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47206|Reply: 1

[Johor] Tergamak tinggal lima anak demi suami baharu

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:43 PM | Show all posts |Read mode

MARINA Ibrahim (baju putih) mengunjungi kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian ibu bapa di Skudai di sini.

Johor Bahru: Ibu berusia 30-an tergamak menjadikan rumah ibu bapanya sebagai tempat untuk 'membuang' lima anaknya apabila berkahwin dengan suami baharu selepas lelaki terbabit enggan menerima anak-anaknya.

Mendedahkan kisah itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim berkata, seorang daripada anak wanita terbabit juga adalah orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, perbuatan ibu yang sanggup meninggalkan zuriat sendiri demi mengejar kasih baharu amat mendukacitakan.

Katanya, tambahan pula ibu bapa wanita itu adalah golongan berpendapatan rendah apabila sumber pendapatan mereka hanya dengan menjual tisu dan pen di jalanan.

"Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan masalah kepada anak apabila hidup serba kekurangan, tambah pula bapa mereka juga difahamkan tidak bekerja dan tidak menyalurkan bantuan kewangan.

"Kesemua anak-anak ini berusia tiga hingga 10 tahun manakala anak OKU itu berusia enam tahun.

"Kebetulan ketika saya mengunjungi kediaman keluarga itu, ibu berkenaan pulang dari Perak. Saya bertanya kepadanya sejak bila suami baharunya tidak mahu menjaga anak, dia menyatakan sebelum berkahwin," katanya.

Marina berkata, hanya anak sulung wanita itu bersekolah, manakala anaknya juga tidak memiliki sijil kelahiran dan masa depan kanak-kanak berkenaan akan menjadi tanda tanya sekiranya keadaan berterusan.

"Saya sudah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Exco Pendidikan untuk bantu.

"Malah, saya juga akan berbincang dengan Exco Kesihatan dalam usaha membantu anak OKU yang terkena simbahan minyak panas," katanya.

Sementara itu, nenek kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Kath, 44, berkata dia mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga cucunya selepas anak perempuannya bercerai.

Menurutnya, dia bergantung kepada pendapatan hasil menjual tisu dan pen di jalanan bagi menampung keluarga selepas suaminya menjalani pembedahan jantung.

"Pendapatan kami hanya RM500 sebulan selain bergantung kepada bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meneruskan kehidupan," katanya.


Disiarkan pada: Oktober 28, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 11:37 PM | Show all posts
"Marina berkata, hanya anak sulung wanita itu bersekolah, manakala anaknya juga tidak memiliki sijil kelahiran dan masa depan kanak-kanak berkenaan akan menjadi tanda tanya sekiranya keadaan berterusan."

Watak utama dalam cerita ini ada ic ka, passport ka, unhcr ka, atau no ID at all? Atuk nenek lahir di malezia atau berapa tahun duduk sini? Kawin pun no documents that is why 5 anak no ic.
Very easy life, kawin, beranak kalau suka jaga, tak suka tinggal sama nenek. Tak payah beri wang. kawin baru, ulang same cycle.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.127036 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list