CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32436|Reply: 2

Jika saya penjual kacang putih tepi jalan, saya tidak kisah – Tun M

[Copy link]
Post time 29-10-2024 09:41 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan reputasi beliau tercalar ekoran kenyataan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyentuh `isu kutty’ yang disifatkan sebagai satu pembohongan, berniat jahat dan kejam.


Bekas Perdana Menteri ketujuh itu berkata, jika beliau bukan ‘siapa-siapa’, tiada pihak yang akan peduli dengan kenyataan menghina yang menyentuh keturunannya seperti dikeluarkan Ahmad Zahid yang ketika itu merupakan Presiden UMNO.


“Jika saya penjual kacang putih tepi jalan, saya tidak kisah. Tapi saya pemimpin parti politik dan calon pilihan raya, sudah tentu kenyataan tersebut memfitnah saya,” katanya ketika disoal balas peguam Mohd. Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid.


Dr. Mahathir, 99, memberi keterangan pada perbicaraan kes saman terhadap Timbalan Perdana Menteri itu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan palsu yang mempersoalkan keturunan dan perjuangan politik beliau ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya, tujuh tahun lalu.


Beliau selaku plaintif berkata, kenyataan Ahmad Zahid memberi pengaruh yang besar kerana beliau pemimpin parti politik dan kata-katanya diambil serius oleh masyarakat.


Katanya, kenyataan tersebut memburukkan nama beliau berdasarkan reaksi orang ramai sehingga menyebabkannya kehilangan undi dan penyokong.


“Orang ramai tiada pilihan untuk merujuk sama ada kenyataan itu betul atau palsu, tambahan pula beliau pemimpin parti politik dan kenyataannya diambil serius.


“Pada peringkat awal, saya tidak rasa orang ramai mengambilnya sebagai sesuatu yang serius, namun saya lihat ramai yang komen dan memberi reaksi yang mencalar reputasi saya.


“Meskipun defendan tidak menyebut ‘Dr. Mahathir’, segala kenyataan itu merujuk kepada saya, bukan orang lain kerana beliau menggunakan ayat tertentu seperti `Melayu Mudah Lupa’,” ujar plaintif.  


SUMBER : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak pornorogo tu mmg hidup dah x tenteram hasil jd pengkhianat bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:48 PM | Show all posts
semoga wak ponorogo tu kena karma seteruk2nya satu hari nanti... weols pasti bersorak gumbira
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.197794 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list