View: 25527|Reply: 9
|
[Tempatan]
Mental dunia ke 3:Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 4-11-2024 11:02 PM
Menurut wanita berkenaan, selain botol air, ada indvidu yang menggunakan bekas cat untuk cop parkir di Flat Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Johor.
Letak Botol Air & Bekas Cat Sebagai Tanda
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @nurulmarcella apabila beberapa petak parkir kosong di kawasan kediaman ibunya diletakkan dengan botol air dan bekas cat.
Melalui perkongsian tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan beberapa orang penduduk disitu yang mengamalkan amalan cop parkir dengan cara sedemikian.
Menurut wanita berkenaan, kejadian itu berlaku di Flat Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Johor.
Malah, dia turut mendakwa, individu terbabit tidak membuat sebarang bayaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memiliki tempat letak kereta itu.
“Tak sangka pula diorang jenis cop-cop parkir, padahal tak bayar pun dengan majlis,” katanya.
Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Segera, Dah Pernah Lapor Pada Pihak Berkenaan
Susulan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab penduduk di situ, wanita berkenaan menyeru pihak berkuasa khususnya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengambil tindakan segera.
“Tolonglah MBJB buat kerja sikit, flat Taman Bukit Mewah,” tulisnya di video.
Difahamkan, dia telahpun membuat aduan kepada pihak berkaitan namun dakwanya proses yang terlalu panjang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menularkan sahaja perbuatan cop parking itu.
Malah, dia pernah cuba mengalihkan botol air yang diletakkan di petak parkir kosong namun tindakannya itu hampir sahaja mencetuskan pergaduhan sesama mereka
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang yg stay ni selagi bole bertahan..
Sabr je la.
Dalam masa yang sama..kumpul duit..
cari rumah lain dan pindah.
Mentaliti jamban tkkan boleh diubah sampai bila2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tulah, bila aku tgk video2 make over flat2 "luar flat dlm condo" semua tu, meols flip bulu ketiak jah WEIIIII, pada meols lah. Drpd kau spend beria2 meng-kondo-kan flat engko tu, baiklah kau beli yg betul2 kondo, walaupun interior biasher2.
Why? Sebab ni lah, why! Indah mcmana pun interior rumah engko, engko kena hadap monyet2 yg berkeliaran dkt luar rumah engko! Sanggup kah?. Parking berebut, lif jahanam, anak2 monyet bising berlari2, common area kotor, sampah jarang angkat, makcik2 bawang banyak. YIHHHHHH! Not for me |
|
|
|
|
|
|
|
Nama aje b40 tapi kereta berlambak |
|
|
|
|
|
|
|
kes ni memang takkan boleh selesai sampai kiamat dikkkkk. Melainkan yang sial2 suka chop2 parking ni kena covid tahap 5 dan ditidurkan. |
|
|
|
|
|
|
|
tak dudk flat tak tau.
Aku pun duduk flat kejap, x tahan. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 5-11-2024 12:25 AM
Nama aje b40 tapi kereta berlambak
Shhhhh! Ckp slow sikit nti nuart marah, b40 anak emas dia |
|
|
|
|
|
|
|
JMB xmain peranan,PBT pun xmampu buat ape,
cara penguatkuasaan tu xde,
rasanya yg cop paking tu pun ahli ajk jmb juga kot hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
parking tak cukup. Pastu satu rumah ada 2-3 keta gamaknya. Tu yang jadi gini |
|
|
|
|
|
|
| |
|