CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34760|Reply: 15

DSP Mohd. Nazri ekori Muhammad Zaharif sebelum langgar dengan laju

[Copy link]
Post time 5-11-2024 11:43 PM | Show all posts |Read mode





IPOH – Pegawai polis, Deputi Superintenden Mohd. Nazri Abdul Razak telah mengekori pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie sebelum bertindak melanggar mangsa dengan kenderaan yang dipandu sangat laju.


Pegawai polis itu juga tidak langsung cuba untuk mengelak walaupun mengetahui bahawa tindakan tersebut sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.


Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz dalam ucapan pembukaannya di Mahkamah Tinggi di sini pada awal prosiding perbicaraan kes bunuh membabitkan pegawai polis itu di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet.


“Perbuatan tertuduh melanggar mangsa dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kecederaan kepadanya di mana kecederaan itu adalah cukup pada lazimnya bagi menyebabkan kematian.


“(Pihak pendakwaan juga akan membuktikan) tertuduh telah melanggar mangsa walaupun mengetahui perbuatan tersebut adalah berbahaya sehingga mungkin menyebabkan kematian atau sesuatu kecederaan yang mungkin menyebabkan kematian,” katanya.


Menurut Afzainizam, pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa tertuduh yang memandu kereta Perodua Ativa telah pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Jati sebelum keluar semula dan mengekori mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.


Beliau berkata, keterangan yang dibawakan nanti adalah tertuduh telah mengekori dan mengejar pelajar SMK Taman Jati itu dari kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah menuju ke kawasan Masjid Muhammad Al Fateh dan Taman Gerbang Meru Indah sebelum terus mengejar mangsa walaupun selepas berpatah balik ke lokasi asal.


“Setibanya si mati di persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah, tertuduh telah melanggar dari bahagian belakang motosikal mangsa. Akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Pemeriksaan perubatan dan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa telah mengalami kecederaan maut akibat pelanggaran tersebut,” katanya.


SUMBER: – Kosmo Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dapnyehhhh polis yg belah kanan tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 6-11-2024 12:27 AM
dapnyehhhh polis yg belah kanan tu

Macam busuk

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga si celaka ni kene 304 tade ampun
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh my God...Gitu cerita sebenar....Semoga kena 302.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 03:10 AM | Show all posts
Sah2 la niat nak membunuh tu. Harap terus reput dlm penjara lah ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurus dah pembunuh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 08:02 AM | Show all posts
jap nak hadam..

mula2 dia ke sekolah dulu.. (Dia buat ape kat sek..htr bini ke sek ke.. ke baru lps gaduh dgn bini...?)
pastu keluar dr sekolah..dari kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah
pastu dia ekori mangsa.. ntah ke mana2...pastu..
follow follow sampai ke tempat asal (means kawasan persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah)
pastu BAMMM!!! Langgar...!!
Gitu la kann..
Iskkk mmg dgn niat yg begitu kuat dia nak buat sesuatu kat bdk tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz: Kurus dah pembunuh ni..


Aritu tebal sikit kan ? Jht sgt . Eee rot in hell .
Bini kena palau tak kt sek ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
harap dijatuhkan hukuman yg plg berat bg seksyen yg disabit.
baran apa laa mamat ni hari tu takkan semata bdk tu remm moto sampai nak membunuh. kalau rengsa sgt tgkap masuk balai la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 11:28 AM | Show all posts
sementara nak jatuh hukum, penjara mana yg ditempatkan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 11:48 AM | Show all posts
bila marah menguasai minda. mcm tu lahh jadinyaa.. semua org pon kena control baran masing2. yela dia pon bengang kan budak tu punya motor bising siap rem2 lagi depan sekolah. aku rasa ada gaduh mulut gak tu. tu yg dia kejar nya budak tu.. naisb x baik je budak tu mati. klu hidup lg selamat dah dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 01:54 PM | Show all posts
kecederaan maut? apa maksudnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 6-11-2024 08:02 AM
jap nak hadam..

mula2 dia ke sekolah dulu.. (Dia buat ape kat sek..htr bini ke sek ke.. ke baru lps ...

Klau x silap kata saksi yg nampak dia bkn langgar sekali tapi siap undur then langgar lagi.....tu mmg ada niat membunuh patut kena 302
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel lak lesung pipit abam polis berbaju biru
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anggeriklatifah at 6-11-2024 09:12 PM

Cam lain je mukaaa diaaaaa weyyyy..betul ke tu diaa..
Tgok gambar memulaaa dulu mse kes ni..dia ni org nyaaa tinggi badan taaafffff..ni tahanan imigresian mana la diorng bawak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.188560 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list