CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42830|Reply: 7

[Tempatan] 'Naik bot boleh tapi jangan rakam'. Pesan jurumudi bot di pangkalan haram di Sungai Golok

[Copy link]
Post time 10-11-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode
'Naik bot boleh tapi jangan rakam'

Tinjauan Sinar Harian selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu bermula jam 5 petang hingga 7.30 malam mendapati pangkalan haram yang terdapat di Sungai Golok berhampiran Pekan Rantau Panjang sentiasa dipenuhi orang ramai walaupun tular khabar angin di media sosial mengatakan 'pangkalan ditutup'.

RANTAU PANJANG - 'Naik bot boleh, tapi jangan rakam' demikian pesanan para jurumudi bot yang mengambil penumpang di kawasan pangkalan haram di Sungai Golok, di sini.

Larangan itu dibuat selepas lokasi terbabit menjadi 'panas' susulan kes tangkapan enam rakyat Malaysia di Thailand termasuk penyanyi lagu-lagu daerah wanita tersohor di sini.

Terdahulu, media melaporkan ramai anak muda ke sana melalui pangkalan haram untuk berhibur, menyebabkan pangkalan haram di sini mulai menjadi perhatian ramai.

Tinjauan Sinar Harian selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu bermula jam 5 petang hingga 7.30 malam mendapati pangkalan haram yang terdapat di Sungai Golok berhampiran Pekan Rantau Panjang sentiasa dipenuhi orang ramai walaupun tular khabar angin di media sosial mengatakan 'pangkalan ditutup'.

Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan kemudahan bot yang ada di pangkalan haram untuk ke Golok, Thailand kerana hanya mengambil masa kurang dua minit itu disebabkan aliran air sungai yang sedikit deras susulan hujan.

Kadar bayaran bot pula hanya sekitar RM3 sehala ataupun secara pukal bergantung kepada jumlah penumpang.

Orang ramai menggunakan kemudahan tersebut kerana ia cepat dan murah malah aktiviti ke pasar malam di Golok pada petang Jumaat dan Sabtu antara sebab utama ramai rakyat di negeri ini serta luar Kelantan memenuhi pangkalan haram.

Menurut seorang lelaki yang ingin dikenali sebagai Mat, 29, berkata, dia dan rakan-rakan ke sana hanya sekadar untuk berkaraoke dan makan-makan sahaja.

"Memang diakui di sana banyak pilihan tempat berhibur, serta mudah dimasuki. Namun itu semuan bergantung kepada individu.

"Ada sahaja dalam kalangan rakan-rakan kami yang memilih ke disko," katanya.

Bagi peniaga, Salmah, 50, pula memberitahu, setiap Khamis atau Jumaat dia akan ke Golok untuk membeli barangan jualan untuk gerai makanannya.

Menurutnya, walaupun mata wang Thailand lebih tinggi, namun harga barangan di sana murah selain perjalanan ke sana juga lebih cepat dan mudah dengan menaiki bot melalui pangkalan haram.

"Ini antara rutin saya, Alhamdulillah setakat ini tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Saya ke sana hanya untuk membeli barangan keperluan gerai, makan-makan dan pulang," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan berhubung pembinaan tembok di sepanjang Sungai Golok bagi membendung masalah penyeludupan serta aktiviti menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.

Menurut beliau, pembinaan tembok dari Jeli sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat itu melibatkan jarak 100 kilometer (km).

"Ketua Polis Kelantan ada memberi cadangan pada kita (kerajaan negeri) tentang pembinaan tembok untuk elak penyeludupan, aktiviti seberang sungai, pil yaba.

"Saya kata betul, memang itu yang kita hendak. Insya-ALLAH kita akan ambil cadangan itu dan angkat kepada Kerajaan Persekutuan," katanya ketika sidang akhbar pada Selasa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 06:00 PM | Show all posts
"Ketua Polis Kelantan ada memberi cadangan pada kita (kerajaan negeri) tentang pembinaan tembok untuk elak penyeludupan, aktiviti seberang sungai, pil yaba.


dan pastikan mana2 agensi yang jaga checkpoint bukan orang tempatan negeri, lebih afdhal dari luar negeri dan berganti setiap bulan dari berbeza group/cabang/platun/leader/etc..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:49 PM | Show all posts
...walaupun mata wang Thailand lebih tinggi, namun harga barangan di sana murah...

soalan cliche acik2 forum macam mana kata duit Thai tinggi kalau RM1 boleh dapat 7 Baht
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang janji, lepas rakam, abang delete
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Delete pun dah tak guna, malaikat dah tulis
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh je si Eda ni wat konsert.  Takyah nyeberang dah..


https://youtu.be/JYneEcXclOs?si=FyO-ZoQK1gJxLAxK

T-shirt lagi ketat takda ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2024 11:57 AM | Show all posts
teringat time kecik dulu, pernah naik jugak bot ni

bersusun duit syiling singgit tu atas meja diorang

naik kat jeti pengkalan kubur tu je, masuk jap sebab nak try
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:20 PM | Show all posts
bea soba bea...bea rilek bea..male ni kito tido lokeeee


SAMBAL CILILADO
SAMBAL SYUKOR JONGOS
SAMBAL HITAM N9 POWER
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.627233 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list