CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11388|Reply: 8

Awak merepek apa, bila masa ada kes buli antara pelakon – Ahmad Idham

[Copy link]
Post time 13-11-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode





Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham menempelak kenyataan pelakon baharu yang mendakwa gejala buli antara artis senior dan junior masih berlaku di set penggambaran sehingga hari ini.


Menurut Ahmad Idham, 50, artis baharu yang mengeluarkan kenyataan itu disifatkan sebagai tidak memahami situasi sebenar buli.


“Awak merepek apa ini? Bila masa ada isu buli daripada pelakon senior?


“Mungkin awak tidak faham perbezaan antara dibuli dengan isu pelakon baharu macam awak yang tak faham apa itu lakonan,” selarnya dalam Instagram.


Bukan itu sahaja, Idham atau nama penuhnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, mana-mana pelakon perlu memaklumkan sebarang kejadian buli yang berlaku di set penggambaran kepada pengarah dan bukannya menghebahkan kepada umum.


“Kepada anda yang masuk industri tanpa ilmu ini, pengarah adalah ketua kapal di set penggambaran.


“Sekiranya berlaku insiden buli oleh pelakon senior seperti dikatakan mamat seorang ini, boleh sahaja maklumkan kepada pengarah bukannya kepada pihak media.


“Nak dapat publisiti pun janganlah sampai wujudkan persepsi negatif ya,” ujarnya.
Bagaimanapun, pengarah filem Anak Perjanjian Syaitan itu tidak menyebut nama mana-mana pihak berkenaan isu yang disuarakannya.


Terdahulu, pelakon meningkat naik, Alif Muhaimin mendedahkan budaya buli dalam kalangan pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.


Katanya, dia juga pernah berhadapan dengan situasi dibuli oleh kru produksi sehingga membuatkannya ingin berhenti berlakon.




SUMBER:  – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2024 02:44 PM | Show all posts
open secret meehhh.. everyone knows.

pandai-pandai hidup kalau tanak kena pijak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti ala UPNM
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 03:03 PM | Show all posts
i sikit pon tak terkejut kalau budaya buli tu masih wujud sampai sekarang dlm industri seni en.idham oiii..
sedangkan secara terang2an pon i tengok artis2 berlumba2 membuli dan perli2 artis lain dalam media sosial.apatah lagi bila sesama mereka jer kat set.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
masa zaman kuasatek mungkin takde la kot..
tapi zaman sekarang bersepah je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 13-11-2024 02:44 PM
open secret meehhh.. everyone knows.

pandai-pandai hidup kalau tanak kena pijak

Ayat last tu ada dalam lagu hiphop lama yang dah berbelas tahun baru i dengar balik baru² ni lol lagu Budak² Zaman Sekarang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh.. bdk tu x ckp kalau x pernah kena.. kau ni knp Ahmad Idham??? Dah la movie2 ko pon sendu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat sebijik ayat2 penafian orang2 tua yang dok atas UPNM tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 08:21 AM | Show all posts
aku rasa aku percaya je cerita buli yg pelakon baru tu cakap...
it's happen wei.... dalam mana-mana industri pun... sama jeeee....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.071627 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list