CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 51758|Reply: 37

Ukraine lancarkan misil jarak jauh buatan AS ke atas Rusia, Eropah kini siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga

[Copy link]
Post time 22-11-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode





BRUSSELS - Negara-negara Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow hingga ia mempertimbangkan serangan balas nuklear.


Jerman menjadi negara terbaharu memberi respons segera terhadap perkembangan krisis tersebut yang mungkin mencetuskan Perang Dunia Ketiga apabila menyatakan kesediaan menjadi ‘medan pementasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)’ jika peperangan merebak ke Eropah Timur.


Menurut dokumen Operationsplan Deutschland setebal 1,000 muka surat, Berlin akan menjadi ‘tuan rumah’ kepada ribuan askar negara anggota NATO dan berfungsi sebagai hab logistik dengan menghantar bekalan besar peralatan ketenteraan, makanan serta ubat-ubatan ke unit barisan hadapan.


Laporan Der Spiegel pada musim panas lalu menyatakan Berlin boleh menerima sehingga 800,000 anggota tentera daripada blok keselamatan tersebut sebelum pasukan itu dikerahkan ke pos masing-masing.


Tentera Jerman turut mengarahkan syarikat berkaitan dan orang awam supaya melindungi infrastruktur utama serta menggerakkan pertahanan negara, di tengah-tengah ancaman perang hibrid seperti operasi pengintipan dan serangan sabotaj yang semakin meningkat di seluruh Eropah.








Sektor perniagaan juga disarankan supaya melaksanakan pelan krisis yang memperincikan tanggungjawab pekerja ketika darurat termasuk menyimpan stok generator diesel sebagai sumber tenaga.


Berlin mengikut jejak langkah beberapa negara Nordic yang mula mengedarkan risalah tentang persediaan menghadapi peperangan kepada jutaan penduduk.


NATO melancarkan latihan artileri terbesar, Dynamic Front 25 pada akhir minggu lalu yang disifatkan sebagai senjata 'game changer'.




Finland pula mengingatkan rakyat mereka tentang kewajipan mempertahankan negara, malah turut melancarkan laman web baharu mengenainya, manakala Sweden memberikan garis panduan tentang cara mencari tempat berlindung seperti bunker dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku serangan nuklear.


Manual arahan itu juga dikeluarkan beberapa negara Baltik seperti Norway dan Denmark yang memperincikan senarai semak untuk bekalan makanan serta persediaan ubat-ubatan penting.


Senarai semak dikeluarkan Norway termasuk stok makanan untuk jangka masa panjang, ubat-ubatan penting dan tablet iodin jika berlaku serangan nuklear.






ANGKARA AS


Rantau Eropah menjadi ‘huru-hara’ seperti di ambang peperangan disebabkan keputusan melulu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang membenarkan penggunaan misil jarak jauh, Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) ke Rusia dan ia juga bakal menghantar bekalan periuk api kepada Kiev, kononnya untuk menyekat kemaraan unit infantri Moscow.


Pentadbiran Biden dilihat cuba mengukuhkan benteng pertahanan Ukraine sebelum beliau meninggalkan Rumah Putih tanpa memikirkan akibat dahsyat terpaksa ditanggung blok Eropah jika provokasi sedemikian bakal mencetuskan tindak balas Kremlin yang lebih agresif.


Terdapat kebimbangan jika pentadbiran penggantinya, Donald Trump mengumumkan gencatan senjata segera yang memerlukan Kiev menyerahkan sebahagian besar wilayah mereka kepada Moscow.


Prospek sedemikian menyebabkan kedua-dua negara bekas Kesatuan Soviet itu cuba menawan sebanyak mungkin kawasan musuh bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing menjelang proses rundingan yang masih samar-samar.


Ketika krisis semakin memuncak, Kremlin mengesahkan Kiev telah melancarkan satu lagi misil jarak jauh milik Britain, Storm Shadow ke wilayah Kursk di Rusia, sehari selepas ia menggunakan ATACMS.


Susulan serangan ATACMS di Bryansk pada Selasa, Kementerian Kecemasan Rusia mengumumkan ia telah mula membina tempat perlindungan bom mudah alih yang boleh menahan gelombang kejutan dan radiasi letupan nuklear.


KUB-M boleh memberi perlindungan kepada sehingga 54 individu dalam satu masa selama dua hari daripada bahaya semula jadi atau buatan manusia.


Bagi menghadapi ancaman ATACMS yang berupaya mencapai sasaran sejauh 300 kilometer, unit udara Moscow mengesahkan ia telah mengerahkan jet pejuang dan pesawat pengebom strategik tambahan dari lokasi dalam jarak jangkauan misil tersebut ke kawasan lebih jauh di timur. - Agensi


Sumber – Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 07:45 PM | Show all posts
Legacy peninggalan Joe Biden
- Perang di Ukraine
- Genocide di Gaza
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yihhhhhhhh baru seminggu dua aku baru balik dari Scandinavians trip.. OMG OMG OMG.. sebbaik sempat jejak tanah Scandi sebelum berlubang kena BOM
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diorang guna senjata nuklear tu nanti, effect akan sampai ke negara kita tak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 22-11-2024 08:25 PM
Kalau diorang guna senjata nuklear tu nanti, effect akan sampai ke negara kita tak

X smpi. Jauh tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat lah suker sgt berperang

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 22-11-2024 07:45 PM
Yihhhhhhhh baru seminggu dua aku baru balik dari Scandinavians trip.. OMG OMG OMG.. sebbaik sempat j ...

Share la gambar sis kat sini sebagai kenangan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 22-11-2024 08:38 PM
X smpi. Jauh tu

Katanya dunia gelap beberapa bulan sebab asap berkepul kepul tutup atmosphere.

Kalau terletup gunung berapi lagi naye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Akibat pelawak jd PM cmni la jd nya. Senang diperkudakan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 22-11-2024 01:01 PM
kotakbaju replied at 22-11-2024 12:25 PM
Kalau diorang guna senjata nuklear tu nanti, effect akan sampai ke negara kita tak


Tak sampai. Kecuali Rusia finally decided huntok release bom nuklear paling dahsyat di dunia. Fyi deol hada 6k plus nuklear weapons.

Boleh tengok video ni untuk dapat gambaran camna bahan letupan ni boleh kasik hancur sesuatu kawasan dari yang paling kici ke yang terpaling besar:



Tapi eventually, kita akan kena juga tempias WWIII.

Semoga pemimpin negara kita bijak la.

Oh.

N masa tu nanti boleh nampak la ya sapa kawan sapa lawan sebenar macam zaman vaksin kobid dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 22-11-2024 08:45 PM
Share la gambar sis kat sini sebagai kenangan

Office Perstorp di Malmo, Sweden.... Malaysian ...

Sweden is part of Scandi...

Jangan la suruh aku tepek muka aku pulak  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 22-11-2024 08:38 PM
X smpi. Jauh tu

Oh ok ok.

Cuma kesian dekat orang  awam yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 22-11-2024 08:49 PM
Tak sampai.

Tapi eventually, kita akan kena juga tempias WWIII.

Ok ticer. Harap bang non ni boleh diharap la time tu nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujurlah mas 17 ditembak kita x balas, mas 370 kita buat2  ngok ja
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:11 PM | Show all posts
semua sebab se ekor badut.... padahal rakyat dia sebelum ni bebas aman ja hidup...

pasal dia sorang, habis benua2 lain terima kesan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 22-11-2024 08:57 PM
Office Perstorp di Malmo, Sweden.... Malaysian ...

Sweden is part of Scandi...

Gambar meadow kat sana takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ome of the reason putin bermusuh dgn Eropah dan USA sebab merasakan negara2 tu tak menerima ikhlas negara Russia.

Hanya untuk kepentingan diorang je.

Ukraine pada aku mangsa keadaan...aku kesian juga pada Ukraine, Yaman, Sudan dan Gaza.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 22-11-2024 09:14 PM
Gambar meadow kat sana takde ke?

Ini gambar windmill farm di atas Baltic Sea.. aku tangkap atas train... yang menghubungkan Copenhagen (København) Denmark & Malmö, Sweden...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 22-11-2024 09:14 PM
Gambar meadow kat sana takde ke?

Aku tak perasan ada snap tak gambo meadow..

Tp aku ada laa snap bentuk mukabumi FINLAND sebelum aku mendarat di Helsinki

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.097130 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list