View: 71655|Reply: 14
|
Lipatlah bumi ini Ina! - Aksi naik buai Ina Naim dan suami buat netizen "bersemut"
[Copy link]
|
|
Fasa bahagia kehidupan pasangan pengantin baharu, Ina Naim bersama suami terus menjadi sorotan netizen Malaysia.
Terbaharu, melalui satu klip video yang kini tular di laman sosial Tik Tok menunjukkan ‘kemanisan’ hubungan suami isteri itu apabila aksi naik buai pasangan itu menjadi perhatian ramai.
Ina dan suaminya, Mohd Khairul Rizal Shukor ketika ini sedang melalui fasa bahagia dengan masing-masing menunjukkan reaksi mereka ketika merakam video bersama di satu buaian.
“Naik buaian dengan cara salah, naik buaian secara betul,” tulis video tersebut.
Rata-rata peminat turut meninggalkan komen kata-kata semangat dan tahniah kepada pasangan tersebut.
“Alhamdulillah, kakak tengok Ina semakin cantik, pasangan yang serasi. Tahniah Ina dan suami,” jelas ida_idayu.
“Semoga pasangan ini berbahagia hendaknya, suka tengok.. Raut wajah Ina pun nampak bahagia,” tulis Fauzura82.
Terdahulu, penyanyi dan usahawan, Ina kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul, dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji di kediaman keluarga Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November tahun lalu.
Hasil perkahwinan dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber : KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
@CARI-MAL
Cube cerita kat aku celah man datang perkataan bersemut ni.
Mende bersemut ni salah satunye bangkai tau x. Bangkai yang dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
ambik la bumi ni kat korang aku nak pergi bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Ya tau fasa bahagia tapi tak payah la tunjuk kat socmed. Nampak menggeletis dua2
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 23-11-2024 10:00 AM
Ina spt seorang yg kejutan budaya, terkejut setelah bebas drp segala pantang larang ketika bersama2 dgn arwah suaminya dahulu. Suami baru pun terikut2 mencari kegemerlapan populariti di socmed atas platform 'pengantin baru'. Dah mcm anak kecik yg baru nak kenal dunia, seronok main ayun2an.
Lagi cantik kalau Ina dn suami perlihatkan aktiviti merebus telur pindang dlm periuk besar menggunakan dapur kayu api. Barulah nampak kegigihan kalian ke arah entrepreneurship. Buka iklan kpd ramai, mereka yg nak bermenantu, buat pesanan door gift telur pindang. Sambil itu, Ina boleh explore cara2 packaging yg lebih cantik, kemas dn rapi, presentable sbg door gift untuk majlis2 aqiqah, hari lahir ataupun wedding. Boleh semak mll I'net (U-tube atau Pinterest). Ajak anak2 tolong membungkus ketika anak2 berlapangan waktu. Itu yg sepatutnya Ina tunjukkan di socmed betapa Ina berinisiatif menjana pendapatan. Atau lebih cantik kalau ada suasana Ina bertadarus lepas solat sementara suami mengajar anak2 mengaji/mentelaah pelajaran atau tahlil sefamili sendiri. Tak perlu ada orang luar, cukup diimamkan 'abang' suami, Ina dan anak2. Itu lebih bererti memperlihatkan kebahagiaan penuh berkah.
Ina nak balas dendam ke kerana dgn arwah suami dulu, tak dapat semua tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tung ahh
Ina xkesah nafkah lain
Yg penting batin je ina kata |
|
|
|
|
|
|
|
nolya: Edited by nolya at 23-11-2024 ...
Tapi sepertinya, dia masih mengagungi kehidupan dgn arwah dulu. Penampilan baru, kehidupan baru, Suami baru tapi masih dgn mindset ketika bersama arwah. Masih mahu meneruskan pembelajaran dgn cara homeschooling. Skrg pengajar anak2 dia, laki baru. Bukan nak menentang HS. Tp lebih wajar ada guru yg arif dlm setiap bidang. Atau laki baru memang arif semua bidang? Selama almost setahun pemergian suami, sebelum jumpa lelaki ini, kenapa tidak diuruskan persekolahan anak2? Adakah penampilan cantik2, barang kemas di lengan dan jari itu lebih penting dari pendidikan anak2? Alasan nak cepatkan perlahwinan, supaya suami baru dpt cepatkan urusan mengajar anak2? Takde laki, tak de persekolahan ke?
Dan ina masih dgn mindset, peti ais bukan jaminan kebahagiaan. Yg penting nafkah batin. Batin di sini maksudnya luas. Mungkin maksud dia, kasih syg. Belaian manja suami. Tp yg lebih penting sebenarnya pendidikan anak2. Harap2 laki baru akan uruskan pesekolahan anak2 tu. Bukan sekadar umpan nak tackle ina je |
|
|
|
|
|
|
|
brainbiru replied at 23-11-2024 08:12 PM
Tapi sepertinya, dia masih mengagungi kehidupan dgn arwah dulu. Penampilan baru, kehidupan baru, S ...
Brainless si Ina ni wahai si brainbiru |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 23-11-2024 09:42 PM
tukul: Brainless si Ina ni wahai si brainbiru
All those while Ina dibawah 'taklukan cara dn pemikiran' arwah SS. Bertahun2 di bawah kongkongan arwah, tak hairan kalau Ina jadi orang yg lemau dn tidak agresif menghambat peluang untuk anak2nya. Ina mungkin tak tau how to go about with his children education or she just let it be. Pernahkah Ina berusaha dn bertanya2 sana-sini bagaimana nak menempatkan anak2nya ke sekolah kerajaan. Home schooling, how far are their echievement at appropriate academic subjects; Maths,Malay, English, Science n thinking skill @ STEM, or at least TVET. Kalaulah Ina ni ada sedikit kepedulian untuk masa depan anak2nya, she should have think n prioritise the matter.
Soal dia bersuami baru, saya tak nak sentuh kerana itu hak dan kemahuan dia. Akan ttpi bila Ina dedahkan dunia barunya dgn suami baru ke khalayak umum, itulah saatnya Ina mengundang cemuhan ramai. People bukan dengki or iri, tapi people are more to ethic.
|
|
|
|
|
|
|
|
nape semua dengki dengan Iza
biarlah Iza bahagia dgn abang Fedtri |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berbahagia lah Ina |
|
|
|
|
|
|
|
Ina takde snap pic beramai2 ke dengan anak2 n suami baru beliau ni, kot ada hangout bersama anak2 ke, sebab perasan dok nampak live berdua je apa pun semoga berbahagia la ye ina naim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|