CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15649|Reply: 0

[Sabah] Penoreh selamat selepas lapan jam sesat di hutan

[Copy link]
Post time 28-11-2024 03:02 PM | Show all posts |Read mode


PAPAR: Seorang lelaki ditemukan selamat selepas lapan jam dilaporkan sesat ketika keluar menoreh getah di Kampung Tanaki, di sini semalam.

Mangsa berumur 34 tahun ditemukan ahli keluarganya di Hutan Lipur Kawang, pada jam 1.34 pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.56 petang Isnin.

Katanya, operasi pencarian dilakukan di sekitar mangsa dilaporkan tersesat dengan kekuatan seramai 11 anggota bomba bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

"Kira-kira jam 10 malam Isnin, telefon bimbit mangsa dapat dihubungi tetapi sukar mengesan kedudukannya disebabkan cuaca gelap dan laluan licin.

"Disebabkan faktor keselamatan pasukan SAR, operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 11 malam Isnin," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, komander operasi lapor mendapat maklumat dari polis mangsa sudah ditemukan oleh ahli keluarganya pada jam 1.34 pagi.

"Mangsa ditemukan pada jarak empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan sesat di Hutan Lipur Kawang dan dalam keadaan selamat.

"Mangsa sudah kembali ke pangkuan keluarga di Kampung Kawang. Operasi SAR kemudian ditamatkan pada jam 6.57 pagi," katanya.

Terdahulu, mangsa dikatakan keluar dari rumah kira-kira 6 pagi Isnin untuk menoreh getah di kawasan kampung berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa tidak balik ke rumah dan abangnya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk bantuan mencari mangsa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.043492 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list