CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 43350|Reply: 9

Syafi Tee ingin jadi penceramah bukan sebab bapa - “Selain jadi pelakon, saya mahu suara dan pandangan didengar"

[Copy link]
Post time 28-11-2024 10:49 PM | Show all posts |Read mode





Banyak membaca buku filosofi serta pelbagai naskhah ilmiah lain, pelakon Syafi Tee menyimpan hasrat mahu berkongsi ilmu dengan golongan muda lain menerusi sesi bertukar pandangan.


Ujar Syafi atau nama sebenarnya Mohd. Syafi Mohd. Ridhuan Tee, 31, segala pengetahuan yang diperoleh hasil bahan bacaan ingin disebarkan kepada orang ramai, sekali gus memberi manfaat bersama.


“Selain jadi pelakon, saya mahu suara dan pandangan didengar sebab saya suka membaca selain mahu tolong orang. Banyak bahan bacaan yang boleh bagi input bermanfaat untuk dikongsikan kepada umum.


“Saya jenis yang suka menimba pengetahuan, tidak mahu setakat duduk sahaja. Dengan membaca kita dapat menemui jawapan untuk pelbagai kemusykilan.


“Apabila dapat rungkaian persoalan, jawapan itu kemudian berkembang kepada perkara lain yang buatkan saya tak puas cari ilmu seterusnya berkongsi dengan orang lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis pelancaran tiga drama di siaran Astro.


Begitupun, anak kepada pendakwah bebas yang membintangi salah satu drama iaitu Opis Politik itu menyatakan hasrat menjadi penceramah bukan atas saranan bapanya.


Keinginan tersebut datang daripada dirinya sendiri yang enggan mensia-siakan pengetahuan dimiliki tanpa menyalurkannya kepada individu lain.


“Banyak subjek boleh kita ketengahkan termasuk berkaitan isu kesihatan, keadaan mental, kemasyarakatan, agama dan sebagainya.
“Ayah saya bagi galakan sahaja sebab dia tahu kecenderungan saya selain berlakon adalah berkongsi info macam saya buat menerusi audio siar TeeBrothers.


“Podcast yang saya mulakan akhir 2022 itu menjadi platform saya zahirkan pandangan. Bapa saya juga antara tetamu terawal podcast itu. Jadi kalau nak panggil saya kongsi pandangan dengan pelajar universiti atau sekolah, saya sangat alu-alukan,” ujarnya.


Mengenai pembabitan dalam drama bersiri Opis Politik yang dibintangi bersama Rashidi Ishak Erysha Emyra, katanya tuntutan watak pekerja pejabat bernama Zain Azman itu mempunyai cabaran tersendiri.


“Sebenarnya watak kelakar lebih sukar kerana bukan senang untuk buat orang ketawa. Tetapi peluang bekerja dengan pelakon senior seperti Rashidi banyak membantu kami.


“Keserasian dalam set dengan semua pelakon juga merancakkan suasana, itu yang menjadikan Opis Politik semakin gamat,” ujarnya yang memulakan langkah di arena lakonan sekitar 2019.


Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
hari ade gf 2 alam
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ceramas lah awk
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ding ding ding ding
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tua
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lahh 31 thn dah ke
ingatkan saing2 si merqeen tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2024 06:38 PM | Show all posts
ada podcast sendiri jugak ke... tak perasan pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la dik. Rekod pun tak cantik. Jgn jadi penunggang please!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat sini,ada sorang mamat tu muka mcm dia ni,tinggi,tapi muka siyes 24hrs.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pun niat kerana Allah. Jgn niat sbb nak rasa bangga sbb org dgr nasihat kita. Good luck. Yg baik sokong aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2286 Replies : 1369
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 614 Replies : 26
Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok.
PrickfordNubhan ceraikan isteri, naik mahkamah sy
Views : 42277 Replies : 758
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23074 Replies : 422
Update :UIAM siasat Associate Professor Solehah Yaacob dakwa Kerajaan Roman belajar buat kapal Dari orang Melayu.Netizen terbelah dua
YgBenarUpdate :UIAM siasat Associate Professor
Views : 2131 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 317281 Replies : 3210
[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak Dicarum KWSP Selama 11 Bulan Oleh Pengurusan Syarikat Milik Artis Tersohor & Keluarga (UPDATE KES #715)
kakasotong2[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak
Views : 58215 Replies : 976
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 219 Replies : 2
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23208 Replies : 1198
Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak
AbahmungGagah naik Cameron Highlands, 5 jam kere
Views : 7585 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059473 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list