BRASILIA – Seorang warga emas di Brazil disahkan sebagai lelaki tertua di dunia selepas kematian John Tinniswood dari United Kingdom minggu lalu pada usia 112 tahun.
Menurut Guinness World Records, Joao Marinho Neto berusia 112 tahun 52 hari, seperti yang disahkan oleh firma jangka hayat LongeviQuest pada 26 November lalu.
Dilahirkan di Maranguape, Ceara pada 5 Oktober 1912, Neto sebelum ini diiktiraf sebagai lelaki tertua di Brazil dan Amerika Selatan.
Dia juga kini merupakan lelaki terakhir kelahiran tahun 1912 yang masih hidup.
Bekas petani itu mempunyai enam orang anak yang masih hidup, 22 cucu, 15 cicit dan tiga piut.
Neto berkata, rahsia bagi umurnya yang panjang adalah dikelilingi oleh orang yang baik dan berada dekat dengan orang tersayang. – AGENSI
kawasan tanah tinggi maranguape.. orang yang gemarkan hiburan dan kehidupan bandar boleh mati awal tinggi disini. tetapi jika mahukan kehidupan sederhana, pindah sinilah boleh hidup lama
Korang mesti tengok video ni. Cantik dan bersih tempat dia at least pandangan dari jauh dlm video ni lah. Ni boleh jadi salah satu target pelancong.. cuma kena hati2 dengan kartel dadah..