View: 36925|Reply: 8
|
Perang Dunia Ketiga (WW3) sudah bermula tetapi menerusi cara lebih halus - Penganalisis
[Copy link]
|
|
LONDON – Beberapa penganalisis berpendapat Perang Dunia Ketiga telah pun bermula tetapi menerusi cara lebih halus berbanding apa yang dialami Barat pada permulaan konflik global abad ke-20, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Peringkat awal Perang Dunia Ketiga kata mereka, bukan dengan penggunaan kereta kebal dan kubu parit di Ukraine tetapi melalui ancaman hibrid, pertempuran terselindung serta perebutan ideologi dalam arena digital.
Pakar keselamatan, Mark Toth dan bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS), Kolonel (B) Jonathan Sweet adalah antara mereka yang berpendapat bahawa Perang Dunia Ketiga sudah pun bermula.
Namun, mereka berkata, ia tidak dirasakan seperti yang dibayangkan dalam filem-filem Hollywood.
“Tiada awan cendawan (letupan nuklear) atau tanah apokaliptik. Sebaliknya, ia adalah peperangan dengan seribu penderaan yang dilakukan merentasi medan perang berbilang domain dan wilayah,” kata mereka.
Toth dan Sweet menuding jari kepada Presiden Russia, Vladimir Putin sebagai pemacu utama pergerakan ke arah bencana dan berkata, strategi Moscow merangkumi pelbagai lokasi bukan sahaja di Ukraine tetapi dari Benua Afrika sehingga ke luar atmosfera Bumi dan alam digital.
Kumpulan separa tentera Russia seperti tentera upahan Wagner di Benua Afrika telah mencetuskan rampasan kuasa, menjejaskan kestabilan demokrasi dan mengukuhkan pengaruh Moscow.
Dalam pada itu, di tempat-tempat lain, Asia Barat sedang bergolak di tengah-tengah serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel.
Pencerobohan China yang semakin memuncak terhadap Taiwan dan Filipina mencetuskan kebimbangan akan berlakunya pertembungan ‘bara api’ di rantau itu.
Pengintipan dan operasi rahsia yang merosakkan juga muncul semula di Barat.
Serangan menyasarkan hab logistik di seluruh dunia Barat untuk mengganggu rantaian bekalan kritikal, manakala pembunuhan dilakukan bagi mengurangkan penentang Russia dan politik di jalanan.
Menurut Sweet dan Toth, peperangan ‘zon kelabu’ yang tidak konvensional itu adalah bidang kepakaran Putin.
“Keupayaan Putin melancarkan perang hibrid boleh dikatakan kekuatannya yang paling hebat,” kata mereka sambil menunjuk kepada usaha Russia yang melangkaui benua untuk menyebarkan maklumat salah, membina naratif pro-Kremlin dan mempengaruhi kerajaan serta rakyat supaya menentang Barat.
“Kumpulan hasutan maya dan rangkaian program automatik Russia telah menyusup ke dalam kartun, meme (budaya mengajuk) dan akaun semakan fakta palsu untuk menyebarkan perselisihan dan menghilangkan keyakinan terhadap kerajaan-kerajaan Barat,” kata mereka.
Ini termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) canggih yang menghasilkan naratif palsu dan rekaan seperti dokumentari palsu berjudul Olympics Have Fallen dan dihasilkan untuk menimbulkan ketakutan menjelang Sukan Olimpik Paris pada Julai lalu.
Malah, angkasa lepas turut menjadi medan perang dengan Putin mengancam senjata anti satelit yang bertujuan untuk melumpuhkan rangkaian komunikasi serta perisikan Barat.
Walaupun rakyat negara-negara Barat perlu berhati-hati dengan maklumat salah, terdapat beberapa titik panas apa yang dipanggil peperangan kinetik sedang berlaku.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang menggenggam kunci senjata nuklear negara itu menghantar tenteranya untuk membantu Putin di Ukraine.
“Pencerobohan Putin ke atas Ukraine adalah peringkat pembukaan (Perang Dunia Ketiga). Ia adalah petunjuk untuk masyarakat global bahawa dunia seperti yang wujud sejak akhir Perang Dunia Kedua sudah tiada lagi,’ kata Sweet dan Toth. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
plus, eksploitasi dan monopoli ekonomi, serta manipulasi maklumat |
|
|
|
|
|
|
|
kalo cara halus lama dah. seribu tahun dan plan |
|
|
|
|
|
|
|
kalo org islam kena pay attention to the western and eastern romans |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 3-12-2024 03:28 PM
If Puting lepas kan nuke kena lupa kan mission untuk satu kan negara soviet... Guna cara halus excuses sebab maruah russia tidak boleh kalah dengan ukraine...some europe cities sudah happening dengan christmas market ada yummy chimney cake..jackass rusky sibuk mahu perang |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pun benang psl ni..Baru tau pencerobohan china di filipina. I ingat, filipina ni sgt pro US. Mcm mana china boleh tembus. |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz Auni ada sebut dlm ceramah agama dia
Zaman Malhamah Kubro dan maksud Malhamah Kubro itu ialah perang dunia ke 3
|
|
|
|
|
|
|
| |
|