CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38126|Reply: 14

Indonesia bakal terima pelaburan RM4.45 bilion daripada Apple

[Copy link]
Post time 4-12-2024 12:44 AM | Show all posts |Read mode





JAKARTA: Indonesia dijangka menerima komitmen pelaburan AS$1 bilion (RM4.45 bilion) daripada firma teknologi Apple Inc dalam masa seminggu, kata Menteri Pelaburan negara itu hari ini, selepas kerajaan mengharamkan jualan iPhone 16 kerana gagal memenuhi peraturan kandungan tempatan.


Indonesia menghentikan penjualan telefon pintar itu kerana produk dijual di negara itu perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 40 peratus bahagian buatan tempatan, yang dikatakan tidak dipatuhi oleh Apple.


Indonesia merancang untuk meningkatkan keperluan itu, kata seorang Timbalan Menteri hari ini.


Menteri Pelaburan, Rosan Roeslani memberitahu penggubal undang-undang bahawa Indonesia menjangkakan lebih banyak pelaburan jika Apple memutuskan untuk menjadikan negara itu sebahagian daripada rantaian bekalannya.


Apple tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan kenyataan.




"Sesiapa yang mendapat manfaat daripada jualan mesti melabur di sini, mencipta pekerjaan di sini. Apa yang penting ialah bagaimana rantaian nilai global bergerak ke sini, kerana apabila ia berlaku, pembekal akan mengikutinya," kata Rosan sambil menambah komitmen pelaburan adalah sebahagian daripada fasa pertama.




Apple sebelum ini telah membuat cadangan pelaburan $100 juta (RM455 juta) untuk membina kilang aksesori dan komponen di Indonesia bagi membatalkan larangan itu, tetapi kerajaan menolaknya atas alasan ia tidak memenuhi prinsip keadilan.


Apple tidak mempunyai kemudahan pembuatan di Indonesia, sebuah negara yang mempunyai penduduk kira-kira 280 juta orang, tetapi sejak 2018 telah menubuhkan akademi pembangun aplikasi.


Indonesia menganggap strategi itu sebagai percubaan untuk memenuhi keperluan kandungan tempatan bagi penjualan model iPhone lama.


Syarikat biasanya meningkatkan kandungan tempatan melalui perkongsian domestik atau dengan mendapatkan bahagian dalam negara.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
apple ikut jelah permintaan gov sana
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
win win la kot aku mls baca
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Foxxcon bukak kilang sana pulak ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
So dh dkt dgn msia ni

apple product jadi murah x?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 10:53 AM | Show all posts
Ingat ... itu baru  berupa "Komitmen  atau Janji" dari Apple ... atau dalam istilah PMX disebut sebagai "POTENSI" .....bukan "Realisasi".... Jadi X perlulah dianggap sebagai sebuah prestasi ..... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 4-12-2024 10:53 AM
Ingat ... itu baru  berupa "Komitmen  atau Janji" dari Apple ... atau dalam istilah PMX disebut seba ...

negara tertangga pasti iri.
negara tertangga ketar ketir.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:22 AM | Show all posts
rajin sanvgat korang layan mamat tu

bukannya orang indon pon

aritu bangkem ajak cakap jawa pon tak reti

di indon cuma jawa je yang anti dengan malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 4-12-2024 11:22 AM
rajin sanvgat korang layan mamat tu

bukannya orang indon pon

Bam kem, maybe dia batak. Cuba cakap bahasa batak. Kadang saje buat x pandai walaupon mmg x pandai pon
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
“Bakal”…. Tunggu berita “telah” then baru tahniah lah. Bkn x pernah kena u-turn sblm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:54 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-12-2024 11:38 AM
Bam kem, maybe dia batak. Cuba cakap bahasa batak. Kadang saje buat x pandai walaupon mmg x pandai ...

cer tengok thread ni

cer cari cara penulisan yang sama

https://mforum2.cari.com.my/foru ... obile=2&mobile=
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 4-12-2024 11:22 AM
rajin sanvgat korang layan mamat tu

bukannya orang indon pon

Dh tau JAWA ANTI MSIA....awat hang 'sembah' juga AK47 tu..kenapa...kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 12:32 PM | Show all posts
JAKARTA: Indonesia dijangka menerima komitmen pelaburan AS$1 bilion (RM4.45 bilion) daripada firma teknologi Apple Inc dalam masa seminggu, kata Menteri Pelaburan negara itu hari ini, selepas kerajaan mengharamkan jualan iPhone 16 kerana gagal memenuhi peraturan kandungan tempatan.

Apple tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan kenyataan.


nanti dah kompom jadi baru aku ucap tahniah





Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 12:46 PM | Show all posts
wow
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 05:34 PM | Show all posts
Pemerintah Indonesia sekat produk iPhone 16 daripada dijual di sana dan demand pelaburan daripada Apple.

Mampuslah tak boleh buat mcm tu di Malaysia. Nanti kerajaan kena hentam teruk oleh rakyat sendiri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.220265 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list