CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44624|Reply: 14

[Tempatan] Sultan Pahang beritahu saya titah addendum memang ada - anak Najib

[Copy link]
Post time 5-12-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 5-12-2024 05:48 PM
Sultan Pahang beritahu saya titah addendum memang ada - anak Najib
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Dec 5, 2024 11:32 AM
Dikemaskini: 5:21 PM





Anak Najib Razak, Nizar memfailkan afidavit yang mengesahkan bahawa Sultan Pahang memberitahunya tentang kewujudan titah addendum supaya bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam bentuk tahanan rumah.
Afidavit itu difailkan awal hari ini sebelum perbicaraan Mahkamah Rayuan petang ini mengenai rayuan Najib untuk diberikan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan titah tambahan itu.
Nizar Najib


Sumber yang rapat mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Nizar memfailkan afidavit itu sebagai sebahagian daripada permohonan untuk mengemukakan bukti tambahan.
Difahamkan terdapat perintah mahkamah yang menyekat orang ramai daripada menjalankan carian fail bagi mengakses dokumen tersebut.

Najib memohon Mahkamah Rayuan supaya  membatalkan keputusan mahkamah tinggi yang sebelum ini menolak permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman.
Semakan kehakiman itu bertujuan untuk memaksa pihak berkuasa menguatkuasakan apa yang didakwa sebagai titah addendum yang memperuntukkan tahanan di rumah.
Pada 3 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.
Hakim Amarjeet Singh memutuskan, antara lain, bahawa semua afidavit yang mendakwa kewujudan titah addendum tersebut hanyalah khabar angin.
Hakim juga memutuskan bahawa afidavit Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan arahan tambahan tersebut.
Amarjeet menyatakan bahawa kedua-dua afidavit tersebut hanya merujuk kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang mendakwa kewujudan titah tambahan tersebut.
Hakim turut menekankan bahawa Najib tidak pernah cuba mendapatkan pengesahan daripada Zafrul mengenai kewujudan titah tambahan itu sejak awal.
Amarjeet juga memutuskan bahawa dua afidavit Najib yang menyokong tindakan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu hanya mengandungi “kenyataan kosong tanpa menyebut sumber atau kepercayaannya terhadap kewujudan arahan tambahan itu”.
Najib memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 1 April lalu, semasa menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang atas kes rasuah RM42 juta SRC International.
Tindakan tersebut menyasarkan tujuh responden, termasuk kerajaan persekutuan, menteri dalam negeri, peguam negara, dan Lembaga Pengampunan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
Bekas ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mahkamah untuk memaksa responden mengesahkan titah addendum yang didakwa itu, yang dikatakan dikeluarkan pada hari sama dengan titah utama pada 29 Januari.
Perintah titah utama tersebut mengurangkan hukuman penjara awal Najib dari 12 tahun kepada enam tahun dan denda dari RM210 juta kepada RM50 juta.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2024 05:49 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 5-12-2024 05:52 PM

Apa tindakkan kerajaan jika rakyat tidak melaksanakan titah YDPA...?

Apa tindakkan kerajaan jika kerajaan tidak melaksanakan titah YDPA...?

Ambil tindakkan keatas anak Najib, jika kenyataannya adalah palsu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Addendum tu kalo ko x boleh buktikan anggap jela ko mmg delulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda penting sebegitu letak dalam addendum? Logik kah?

As if your housewife buat groceries list, benda yg mustahak utk dibeli bukan letak di paling atas dlm list tapi di hujung2 tepi2 halus2 yg ko bole overlook. Begitu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 5-12-2024 05:49 PM
Apa tindakkan kerajaan jika rakyat tidak melaksanakan titah YDPA...?

Apa tindakkan kerajaan jika ke ...

Kita negara raja berpelembagaan. Raja x berkuasa mutlak. Kalo
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 07:49 AM | Show all posts

Hahahhah kelakar dah mcm cerita maharaja Cina and Korea bila mana pesalah boleh gunakan surat dari raja raja utk pengampunan atas kesalahan besar yg mereka lakukan.

What the heck?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 10:18 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:19 PM | Show all posts
risau betul mereka kalau najib boleh main fesbuk

fenomena najib emang tidak dapat dibendung

2 kerajaan sebelum ni tombang dek najib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 6-12-2024 11:19 PM
risau betul mereka kalau najib boleh main fesbuk

fenomena najib emang tidak dapat dibendung

Delulu betul hg dgn Najib ye. Satu dunia tahu pasal skandal 1mdb, mcm mana Malaysia jadi pariah suatu ketika dulu sebab Najib, tapi hg still percaya dia ye.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 7-12-2024 06:11 AM
Delulu betul hg dgn Najib ye. Satu dunia tahu pasal skandal 1mdb, mcm mana Malaysia jadi pariah su ...

Kerana yang mencuri bukan najib tapi si jho low dan rakan2

Ko ni tak habis2 dengan salahfaham ko nasib baik ada bangkem tolong perjelaskan

Taknak salahkan najib pasal pulau batu putrh pulak ke kali ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2024 01:33 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 7-12-2024 01:34 PM
Apoo replied at 7-12-2024 06:11 AM
Delulu betul hg dgn Najib ye. Satu dunia tahu pasal skandal 1mdb, mcm mana Malaysia jadi pariah su ...

Dunia pun dah hukum yg sakau duit 1MDB...

Tim Leissner akui 'tamak, cita-cita besar' punca terjebak skandal 1MDBFebruari 17, 2022 @ 11:56am


Bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner.



NEW YORK: Bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner, berkata 'ketamakan dan cita-cita besar' mendorong pembabitannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Ketua Operasi Asia Tenggara Goldman Scahs itu mengakui itulah motifnya terbabit dalam skandal rasuah yang merompak berbilion dolar daripada dana kekayaan negara melalui syarikat pelaburan strategik, 1MDB.
Leissner menjadi menjadi saksi utama dalam perbicaraan jenayah bersubahat membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng, yang juga bekas rakan kongsinya.
Perbicaraan bermula Isnin lalu di mahkamah persekutuan di Brooklyn, dengan pendakwa raya menuduh Ng, 49, menerima sogokan berjuta-juta dolar kerana membantu menggelapkan dana 1MDB.

Ng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah.

Pada tahun 2018, Leissner, 52, mengaku bersalah atas tuduhan serupa dan bersetuju untuk bekerjasama dengan siasatan kerajaan.

Leissner berkata, Ng adalah jurubank utama Goldman Sachs di 1MDB dan mempunyai hubungan dengan pembiaya dari Malaysia, Jho Low, yang menjadi perantara utama antara bank dan 1MDB bermula pada tahun 2008.
"Ng membawa masuk perniagaan 1MDB kepada Goldman, yang akhirnya menjual AS$6.5 bilion (RM2.78 bilion) dalam bentuk bon untuk dana itu dan memperoleh bayaran AS$600 juta (RM2.59 bilion).
"Ini dengan serta-merta menjadikan kami wira dalam bank itu, mendorong ketamakan dan cita-cita saya untuk mengambil alih," kata Leissner sambil menambah tindakan itu mengakibatkan hidupnya musnah.
Beliau juga berkata, jurubank di Goldman Sachs akan diambil bekerja dalam setiap urus niaga pelanggan dan ketiadaan mereka 'tidak boleh diterima' sama sekali.
"Tumpuan utama bagi saya ialah melakukan apa saja yang diperlukan untuk menyelesaikan urus niaga ini untuk Goldman Sachs," katanya.
Peguam pembelaan Ng, Marc Agnifilo, dalam kenyataan pembukaannya pula berkata, Ng tidak mempunyai peranan dalam skim yang didakwa dilakukan oleh Leissner dan Jho Low.
Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) berkata, sejumlah AS$4.5 bilion (RM18.8 bilion) dana yang diperoleh daripada urus niaga itu telah dialihkan.
Pada tahun 2020, bank itu membayar denda hampir AS$3 bilion (RM12.55 bilion) dengan mengatur supaya unitnya di Malaysia mengaku bersalah di mahkamah AS.
Leissner berkata dalam mesyuarat di London pada 2012, Jho Low menyenaraikan individu di Malaysia dan Abu Dhabi, yang menurutnya perlu disogok untuk rancangan mengumpul AS$1.75 bilion (RM 7.32 bilion) hutang 1MDB bagi mendapat kelulusan.
Sebuah syarikat yang berpangkalan di Abu Dhabi bertindak sebagai penjamin untuk 1MDB dalam perjanjian itu, kata Leissner.
Dalam senarai itu dicatatkan nama bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour.
Jho Low menyatakan mereka "tidak akan bangun dari katil untuk apa-apa kurang daripada AS$100 juta (RM418 juta)", menurut keterangan Leissner.
Jurucakap Konsulat Jeneral UAE di New York tidak menjawab permintaan bagi memberi komen berhubung keterangan Leissner.
Pendakwa raya mengakui bahawa Leissner, yang masih belum dijatuhkan hukuman, akan menerima hukuman yang lebih ringan hasil kerjasamanya tetapi menegaskan keterangan Leissner akan disokong oleh bukti lain.
Agnifilo, dalam kenyataan balasnya menyatakan Leissner berbohong kepada pendakwa raya mengenai pembabitan Ng.
Beliau juga, dalam kenyataan pembukaannya, banyak kali menyebut dan menyerang kredibiliti Leissner, menggambarkannya sebagai seorang yang mencuri untuk membiayai gaya hidup mewah.
Jho Low, dalang di sebalik skandal itu didakwa di AS bersama Ng pada 2018, namun dia masih belum ditangkap oleh AS atau pihak berkuasa Malaysia. - REUTERS






Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau nizar najib menipu, maka dia patut dikenakan tindakan undang2.. bukan biasa2 tindakan nizar najib ni

kerajaan siasat je la.. deal je la dgn pihak istana pahang utk kenyataan rasmi berkenaan titah ex agong tu

walanon2 ni mcm menggelupur tak tentu arah je pasal isu ni

walanon2 ni tak boleh nak move on pasal najib.. najib razak dah minta maaf pasal isu 1imdb dan anwar ibrahim sbg perdana menteri dan 'bapa kepada negara' pun dah terima permohonan maaf najib razak tu.. walanon2 pulak yg nak menggelupur lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 8-12-2024 04:40 PM
kalau nizar najib menipu, maka dia patut dikenakan tindakan undang2.. bukan biasa2 tindakan nizar na ...

Berjela-jela reply. Mouth open, wallet close. Tolong lah setel cukai tertunggak tu anat!! Pfttt…
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 9-12-2024 01:43 AM
Berjela-jela reply. Mouth open, wallet close. Tolong lah setel cukai tertunggak tu anat!! Pfttt…

haishhh.. tu la.. dah naik kematu jejari acik2 porem kutuk maki najib dlm porem pasal cukai ni... liat sungguh si najib ni nak setelkan cukai tertunggak ..eh tapi kan.. apa status sekarang isu cukai ni

jib ohh jib... libas punggung sampai jadi pink mcm bibir kang baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 9-12-2024 07:47 PM
haishhh.. tu la.. dah naik kematu jejari acik2 porem kutuk maki najib dlm porem pasal cukai ni...  ...

Bodoh nye komen…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.181802 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list