CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40267|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pernah dikompaun, kilang gagal sediakan penginapan selamat untuk pekerja

[Copy link]
Post time 6-12-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 6-12-2024 04:58 PM



VEERAPAN (dua kanan) bersama anggota penguat kuasa JTKNS dalam operasi terhadap sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Dioh Kuala Pilah berhubung keselamatan penginapan pekerja. FOTO Ihsan JTKNS

Seremban: Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS) membuka satu kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah, dekat sini, kerana gagal menyediakan tempat penginapan pekerja yang selamat seperti ditetapkan Akta 446.



Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, tempat penginapan pekerja yang disediakan tidak mendapat Sijil Perakuan Penginapan daripada JKTNS.

"Hasil operasi bersepadu yang kita lakukan bersama agensi penguatkuasaan semalam, kita dapati, penginapan disediakan tidak sesuai kerana sangat daif, kotor dan tiada kemudahan asas yang cukup serta boleh menjejaskan keselamatan pekerja mereka.

"Berdasarkan rekod JTKNS, syarikat itu pernah dikenakan kompaun RM20,000 pada Februari lalu kerana kesalahan sama," katanya, hari ini.

Beliau berkata, syarikat itu menggajikan 185 pekerja termasuk 80 pekerja warga asing.

Menurut Veerapan, pekerja berkenaan ditempatkan di bangunan kilang dua tingkat yang sudah tidak beroperasi.

"JTKNS mengambil tindakan dengan mengarahkan majikan terbabit memindahkan pekerja mereka ke penginapan yang mempunyai perakuan penginapan, sama ada yang disediakan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat dengan kadar segera," katanya.


Disiarkan pada: Disember 6, 2024




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.106145 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list