CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22070|Reply: 0

[Johor] Syor RCI untuk kaji keputusan semakan tidak diteruskan - Menteri Pertahanan

[Copy link]
Post time 9-12-2024 07:13 AM | Show all posts |Read mode

Mohamed Khaled Nordin.

Kota Tinggi: Siasatan berhubung cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dibuat bagi memahami fakta di sebalik keputusan tidak meneruskan semakan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata siasatan itu penting bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terhadap tuntutan Batu Puteh sebelum ini sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.

"Atas sebab itu, ketika saya Menteri Besar Johor pada 2017, saya kemukakan kepada Kerajaan Pusat untuk buat rayuan kes ICJ (keputusan Batu Puteh adalah milik Singapura).

"Ini kerana ketika itu British telah nyahklasifikasi beberapa maklumat yang menyatakan dan menunjukkan Batu Puteh itu bawah milikan Johor dan (keputusan ICJ) boleh dilawan.

"Perdana Menteri ketika itu adalah Datuk Seri Najib Razak dan kita hanya ada beberapa waktu tertentu untuk buat rayuan dan sekiranya ia tidak dibuat pada masa itu, kita tak boleh buat tuntutan terhadap Batu Puteh lagi.

"Apa yang berlaku seperti apa yang dirumuskan RCI, ada keputusan dibuat tanpa perbincangan, terutama keputusan dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berseorangan yang tak mahu buat rayuan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di FELDA Bukit Aping Timur, di sini, hari ini.

Khamis lalu, RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dilaporkan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI berkenaan, Tun Md Raus Sharif, kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.

Berikutan itu, RCI berkenaan mencadangkan supaya satu laporan polis dibuat oleh setiausaha suruhanjaya bagi membolehkan siasatan dimulakan.

Laporan ditandatangani tujuh anggota suruhanjaya dipengerusikan Md Raus yang juga bekas Ketua Hakim Negara itu menyatakan dalam konteks Seksyen 415(b), apa yang perlu ditunjukkan ialah Dr Mahathir menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong Kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan permohonan itu walaupun keputusan berkenaan dibuat secara sepihak oleh beliau tanpa kelulusan Jemaah Menteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.117191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list