CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12910|Reply: 0

[Johor] Laskar Kanan APMM didakwa terima wang tunai RM10,700

[Copy link]
Post time 10-12-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Adzmin (tengah) mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM10,700 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam pertuduhan menerima wang tunai berjumlah RM10,700, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Adzmin Zolkepli, 32 mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Laskar Kanan Maritim yang bertugas di Ibu Pejabat APMM Kedah dan Perlis, bersetuju menerima wang tunai berjumlah antara RM1,200 hingga RM2,300 dengan tiada balasan secara pindahan wang daripada pemilik syarikat bekalan marin ke akaun orang tengah yang sama ke akaun milik tertuduh.

Yang mana diketahui oleh tertuduh bahawa pemilik berkenaan ada perhubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di daerah Segamat, Johor antara bulan Februari 2022 hingga Oktober 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abd Muntaqim Abdul Aziz.

Abd Muntaqim menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi enam pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan.

Berserta syarat tambahan iaitu serahan pasport kepada mahkamah, lapor diri pada minggu pertama sebulan sekali di Pejabat SPRM Sandakan, Sabah dan larangan mengganggu saksi.

Namun, peguam Mohd Norazam Majid yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengenakan jaminan paling minimum dan memaklumkan tertuduh masih lagi bertugas sebagai Laskar Kanan di APMM Sandakan, Sabah dengan gaji bersih RM1,700.

Menurutnya, tertuduh perlu menyara isteri yang tidak bekerja, anak berusia dua bulan, ibu dan bapa berusia 65 tahun dan nenek berumur 85 tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan RM7,000 jaminan bagi enam pertuduhan dan 7 Februari 2025 ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.322451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list