CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13716|Reply: 0

[Johor] Suis utama BSI rosak punca sistem autogate, kod QR tergendala

[Copy link]
Post time 10-12-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular kesesakan yang berlaku di Bangunan Sultan Iskandar semalam.

Johor Bahru: Kerosakan di bahagian suis utama (Core Switch) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) didapati penyebab sistem autogate dan kod QR di bangunan itu tergendala lebih enam jam, semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, punca diketahui selepas siasatan dalam dijalankan, yang mana mengesan masalah teknikal di BSI bermula 12 tengah hari, sebelum berjaya pulih sepenuhnya pada 6.30 petang.


"Masalah teknikal berkenaan menyebabkan kegagalan sistem autogate dan kod QR daripada berfungsi.

"Siasatan dalaman telah dilakukan dan mendapati berlaku masalah di bahagian Core Switch BSI dan ia di bawah Pengurusan Bangunan iaitu Syarikat TMR Urusharta (M) Sdn Bhd.

"Tindakan serta-merta dan penambahbaikan telah dibuat dan sistem autogate dan kod QR kembali pulih sepenuhnya pada jam 6.30 petang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kerosakan teknikal berkenaan menyebabkan kesemua 46 pintu automatik di kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) BSI mengalami kegagalan semalam, menyebabkan ribuan pengembara terperangkap dengan kelewatan sehingga lebih enam jam untuk melalui pemeriksaan imigresen.

Kelewatan itu menyebabkan kekecewaan dalam kalangan pekerja Malaysia di Singapura selain pelancong republik itu dengan ada antaranya meluahkan rasa tidak puas hati di platform media sosial.

Dalam pada itu, Mohd Rusdi berkata, bagi memastikan kelancaran di zon pemeriksaan penumpang bas, tindakan pemantauan akan terus dilaksanakan bagi memastikan gangguan sistem tidak berulang.

"Jabatan Imigresen Johor juga komited untuk sentiasa berusaha bagi menambah baik proses kerja dan sistem sedia ada bagi memastikan kelancaran pergerakan di pintu masuk utama Malaysia dan Singapura," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.264662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list