CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46603|Reply: 0

[Johor] Barangan berjenama terkenal tiruan bernilai RM1.41 juta dirampas

[Copy link]
Post time 11-12-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode

SERBUAN di sebuah premis di Kompleks Austin Perdana dengan ratusan baju, seluar, topi, dompet, kasut dan tali pinggang yang dianggarkan bernilai lebih RM1.41 juta dirampas. FOTO Ihsan PDRM

Johor Bahru: Taktik sindiket mengimport barangan berjenama terkenal disyaki tiruan sebelum menjualnya secara atas talian berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, serbuan dilakukan di sebuah premis di Kompleks Austin Perdana, di sini, kira-kira 10.30 pagi semalam dan merampas ratusan pakaian dan aksesori dianggarkan bernilai lebih RM1.41 juta.



Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata, pihaknya bersama wakil cap dagang membuat pemeriksaan sebelum menemukan pakaian, beg, kasut, topi, tali pinggang dan dompet berjenama terkenal tiruan disimpan di premis itu.

"Barangan ini dijual secara atas talian dengan menggunakan platform media sosial sejak empat tahun lalu.

"Setiap beg, baju dan dompet dijual pada harga antara RM350 hingga RM500 dengan semua barangan ini dipercayai diimport dari negara luar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, modus operandi yang digunakan sindiket itu adalah menjalankan jualan pada waktu tengah hari dan waktu malam.

"Mereka juga sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran pihak berkuasa dan bersedia untuk melarikan diri sekiranya terdapat pihak mencurigakan," katanya.

Menurutnya, pihaknya merampas pelbagai barangan termasuk baju, seluar, tali pinggang, beg dan kasut dianggarkan berjumlah RM1,412,000.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 102(1)(C) Akta Cap Dagangan 2019 dan kes dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.


Disiarkan pada: Disember 11, 2024




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.417550 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list