CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40841|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kastam gagal cubaan seludup daun khat lebih RM200,000

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapa menunjukkan daun khat yang dirampas pada sidang media, hari ini. FOTO AHMAD HASBI

Nilai: Daun khat seberat 217 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM205,000 cuba diseludup masuk ke negara ini dengan hanya dibungkus dalam plastik dan diletakkan di dalam kotak.

Bagaimanapun, taktik itu digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam pemeriksaan di gudang syarikat logistik di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 25 November lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapa berkata, leraian daun berkenaan dibawa dari negara di benua Afrika untuk dipasarkan di Malaysia.

"Hasil pemeriksaan ke atas lapan kotak menjumpai sejumlah bungkusan berisi leraian tumbuhan berwarna hijau iaitu daun khat disyaki dadah berbahaya yang mengandungi cathinone.

"Berikutan itu, daun khat dengan berat kasar 217.95 kg dianggarkan bernilai RM205,000 dirampas untuk tindakan lanjut.

"Modus operandi penyeludup adalah menggunakan perkhidmatan kargo udara dengan dagangan diikrar sebagai Herbarabic Spices," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Untuk rekod, cathinone disenaraikan di bawah Bahagian III Jadual

Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952, bagaimanapun bahan berkenaan dibenarkan di negara asalnya.

Sementara itu, Raizam berkata, dalam serbuan lain, pihaknya menyita satu kotak dalam gudang syarikat logistik di Kompleks Kargo Udara KLIA pada 2 Disember lalu.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kotak itu menemui 10 daripada tuala mandian berkenaan berisi bungkusan teh hijau Cina.

"Siasatan awal mengesahkan ia mengandungi serbuk kristal disyaki methamphetamine dengan berat kasar 10.194 kg dianggarakan bernilai RM326,208.

"Dagangan diikrar sebagai tuala mandian yang akan dihantar ke Australia menggunakan perkhidmatan kurier udara. Maklumat yang digunakan juga didapati palsu," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga melakukan serbuan di lokasi sama dan menjumpai sejumlah bungkusan plastik lutsinar mengandungi leraian tumbuhan disyaki dadah jenis kanabis pada 27 November lalu.

Katanya, kanabis dengan berat kasar lima kg itu yang diikrar sebagai barangan yang ditolak dianggarkan bernilai RM15,500.

"Kesemua dadah yang dirampas berjumlah keseluruhan RM546,708 dan ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Disiarkan pada: Disember 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.489902 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list