View: 40211|Reply: 79
|
Nora Ariffin dan anak-anak jalani sesi terapi dengan pakar psikiatri
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mendedahkan dirinya sedang menjalani sesi terapi bersama pakar psikiatri bagi memastikan kestabilan kesihatan mentalnya susulan pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang tahun ini.
Nora, 51, berkata, bukan saja dia, malah anak-anaknya juga turut menjalani sesi terapi itu sejak enam bulan lalu.
"Kalau tanya bagaimana saya mengawal fikiran selepas melalui banyak perkara termasuk pemergian ibu baru-baru ini, saya sebenarnya bertemu dengan pakar psikiatri sejak enam bulan lalu.
"Bukan saja saya, anak-anak juga. Kadang-kadang kita tidak tahu, dalam menempuh kehidupan memang banyak dugaan dan mahu membesarkan anak-anak juga banyak cabaran.
"Langkah yang diambil ini bukan bermakna keadaan diri saya tidak baik tetapi untuk elak kesihatan mental terjejas. Hasilnya, memang nampak perkembangan yang baik kepada kami semua," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di studio milik Maestro muzik, Aubrey Suwito di Damansara.
Menurut Nora, sepanjang menjalani sesi terapi dia mempelajari banyak perkara baharu terutama dalam menjadi individu yang lebih baik
"Saya tidak pernah kata diri saya betul dan saya akui tidak terlepas daripada membuat keputusan salah atau melakukan kesalahan.
"Namun, saya bukan seorang ibu yang sempurna tetapi kalau boleh mahu jadi terbaik untuk anak-anak.
"Jadi, saya tak mahu semua kesalahan dan masalah sendiri beri kesan negatif kepada mereka. Membesarkan anak tanpa ayah kandung sangat mencabar terutama anak perempuan remaja. Hidup memang 'keras' tetapi perlu hadapi juga," katanya.
Bercerita lanjut mengenai persiapan menuju konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung pada 18 Disember depan, Nora mengakui teruja apabila dapat menunaikan impian suaminya Allahyarham Johan Nawawi iaitu bekerja dengan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik dan Jennifer Thompson pula selaku pengarah persembahan.
"Sebenarnya, mengadakan konsert bersama dua figura ini adalah 'wasiat' yang pernah ditinggalkan arwah suami saya.
"Katanya, kalau nak buat konsert, mereka perlu ada. Jadi, impian arwah tercapai, walaupun dia sudah tiada, saya akan realisasikan impiannya dengan penganjuran konsert solo ini.
"Syukur, hasil kerja keras sejak lebih tiga dekad terbayar. Tidak sabar nak hiburkan peminat nanti," katanya yang bakal mendendangkan sebanyak 17 buah lagu pada konsert itu nanti.
Ditanya mengenai kebimbangan sepanjang menuju tarikh konsert, Nora berkata, paling utama adalah penjualan tiket konsert.
"Saya selalu tertanya-tanya adakah ada yang mahu hadir ke konsert dan melihat saya menyanyi? Kadang-kadang saya rasa yakin kemudian mula risau apabila banyak penganjuran konsert penyanyi lain dan saya pula bukan lagi dalam liga mainstream yang kerap muncul pada persembahan berskala besar.
"Jadi semua itu membawa kepada kebimbangan juga untuk penganjuran konsert ini. Namun, syukur alhamdulillah, penjualan tiket berjalan dengan baik. Saya tidak mengharapkan terus 'sold out' sebab sedar diri," katanya.
Terdahulu, pada 19 November lalu, Nora kehilangan ibu tersayang, Wan Azizah Wan Ismail.
Sejak beberapa bulan lalu, Nora juga tidak terlepas daripada dihambat kontroversi termasuk muat naik video diceraikan dan 'perang' bersama anak tiri.
SUMBER : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dah satu famili plak giler...sudah |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 14-12-2024 01:39 AM
Dah satu famili plak giler...sudah
hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Attention seeker tul ah. Laki dia tak tegur ke bukak citer camni kat wartawan. Payah la hidup mu Rushdi ooiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Br sedar ke
Kami dah lama tau ko tu mental |
|
|
|
|
|
|
|
SANKURIANG replied at 14-12-2024 05:14 AM
Attention seeker tul ah. Laki dia tak tegur ke bukak citer camni kat wartawan. Payah la hidup mu Rus ...
Rushdo tu x nampak kuat dan dihormati sbg seorg suami yg ada bini kedua mcm neknowa. I give 2 yrs |
|
|
|
|
|
|
|
kks nya perangai nenek ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri cari masalah. Sampai anak2 kena tempias. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke jumpa psychiatrist? Ke sekadar jumpa kaunselor atau psychologist je? Exaggerate much nenek ni. Kalau zahnita tu aku percayaa kalau dia kata dia kena jumpa psychiatrist. Yang nenek ni attention seeker betul. So lepas ni nak claim apa pulak? Ada depression? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 14-12-2024 10:52 AM
haih la datuk...
mslhnya sendiri mengundang
-netijem |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dgn arwah johan dulu takda kontroversi dia ni kan, kecuali masa gv asalnya arwah johan tak bagi masuk, tapi nora nak juga hujung2 dia gak kena hencap. Cuma arwah johan mampu handle sheols |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 14-12-2024 08:45 AM
Masa dgn arwah johan dulu takda kontroversi dia ni kan, kecuali masa gv asalnya arwah johan tak bagi ...
Means arwah seorg yg dominan manakala laki baru ni pak turut...ostad jadi pak turut tapi tak pelik sbb anak2 gaduh dgn mak tiri pun dia diam je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak pompan dia yg ada kes bercumbu tu dah kawin lom? |
|
|
|
|
|
|
|
dahhh keluarga penyondol pulak tersakiti... kifarah ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kena buat konsert ke?
Laki pak ucetaz datang tak nanti beri sokongan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan yg sendiri cari pasal |
|
|
|
|
|
|
|
Masih sebut arwah laki? Habis tu laki ko skrg tu utk apa? Tempat melepaskan bil air? Telaga ko x kering lagi ke nek oi |
|
|
|
|
|
|
| |
|