CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57451|Reply: 15

[Tempatan] Jawablah di hadapan Tuhan di hari akhirat nanti - Najib

[Copy link]
Post time 14-12-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 14-12-2024 10:07 AM

menang, bahagia, mewah,bebas didunia yg sementara atau susah,miskin,terbelengu di Akhirat yg kekal abadi..

mana pilihan anda,

yang terbaik adalah

menang di dunia, menang di Akhirat
kalah di dunia, menang di Akhirat

atau yg lagi teruk

menang di dunia, kalah di Akhirat
kalah di dunia, kalah di Akhirat






Berita

Jawablah di hadapan Tuhan di hari akhirat nanti - Najib

Hidir Reduan Abdu Rashid
Diterbitkan:  Dec 13, 2024 1:24 PM
Dikemaskini: 1:26 PM
[c
KES 1MDB |
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak mengingatkan penuduhnya bahawa mereka perlu menjawab di hadapan Tuhan pada hari akhirat.
Dia memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa inilah nasib pihak yang menuduhnya terlibat dalam kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram bernilai RM2.27 bilion.
Dia mendakwa tindakan itu bermotifkan politik.
"Pesaing saya dan mereka yang melakukan ketidakadilan terhadap saya mungkin dapat meyakinkan dunia dan berasa bangga dengan kemenangan sementara mereka, tetapi mereka tidak dapat menipu Yang Maha Kuasa, yang melihat segala-galanya.

"Pada Hari Akhirat, mereka akan dipertanggungjawabkan atas pembohongan, pengkhianatan, dan pelanggaran terhadap keadilan dan undang-undang.
"Tidak dapat dinafikan dalam kepercayaan saya bahawa pemerintah dan mereka yang berkuasa, pemerintah negara dan hakim-hakim, akan 'dihisab' (diadili) dan disoal terlebih dahulu (pada Hari Akhirat).
"Namun, saya percaya bahawa keutamaan ini bukan disebabkan oleh kedudukan atau keturunan mereka, tetapi kerana setiap manusia adalah sama di hadapan Tuhan," kata Najib kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.

Tertuduh menegaskan dia tidak mengetahui atau terlibat dalam kesalahan tersebut, dan bahawa penyelewengan di 1MDB hanya dilakukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan anggota pengurusan dana kekayaan negara Malaysia itu.

Najib hari ini menyenaraikan beberapa penuduh yang didakwa menyebarkan pembohongan terhadapnya, antaranya beberapa saksi utama yang memberi keterangan menentangnya.
Antaranya adalah bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman, bekas ketua pegawai kewangannya Azmi Tahir, bekas peguam negara Jasmine Loo, bekas pengerusi Mohd Bakke Salleh, bekas pengarah Ismee Ismail, bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah, dan bekas timbalan setiausaha agung Kementerian Kewangan Siti Zauyah Mohd Desa.
"Mereka telah mengubah fakta dengan pembohongan dan cerita untuk kebebasan mereka sendiri serta untuk menutup kelemahan dan kesilapan mereka.

"Namun, mereka hidup bebas tanpa sebarang tindakan undang-undang atau rasa penyesalan, malah kesalahan dan ketidakcekapan mereka diabaikan," keluh Najib.
Pada 30 Oktober, mahkamah jenayah memerintahkan Najib untuk membela diri terhadap empat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM2.27 bilion dana daripada 1MDB.
Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie (perlu dijawab) terhadap Najib berhubung syarikat milik sepenuhnya Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Hakim memutuskan bahawa Najib perlu menjawab tuduhan-tuduhan tersebut berikutan kekuatan pelbagai keterangan 50 saksi sepanjang peringkat pendakwaan yang berlangsung selama enam tahun sejak perbicaraan bermula pada 2019. Tertuduh pertama kali didakwa pada 2018.
Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM42 juta dana daripada SRC International, anak syarikat 1MDB.
Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib mengetuai pendakwaan.
Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis la Nuar kat akhirat nanti. Tak cukup dengan dosa meliwat jubur Saiful, nak hadap dosa fitnah Najib pulak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-12-2024 11:47 AM

Kesian Pahlawan Bugis kena penjara, sekor Melayu tak boleh tolong

Useless betul...tak pernah tertulis di dalam Hikayat2 Melayu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-12-2024 11:45 AM
Kesian Pahlawan Bugis kena penjara, sekor Melayu tak boleh tolong

Useless betul...tak pernah tert ...

Tak perlu nak kesian jika dia di pihak yg benar..,
Lagi kesian dgn org yg buat fitnah, yg menipu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun byk soklan kt ko di hadapan Allah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumlah yg terlibat dalam kes ni bukan seringgit dua tapi bilion kut,n sbgai pm untuk ko cakap ko langsung x tahu apa2,susah org nk percaya,ditambah pulak ngan gaya hidup mewah isteri ko tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 14-12-2024 01:59 PM
Jumlah yg terlibat dalam kes ni bukan seringgit dua tapi bilion kut,n sbgai pm untuk ko cakap ko lan ...

TS Shafee: Kenapa duit derma dari King Abdullah dibawa balik ke Malaysia dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri?

DS Najib: Saya masukkkan duit tersebut dalam akaun saya kerana saya mahu menguruskannya secara telus.

Jika saya nak mencuri duit tersebut, lebih baik saya masukkan duit tersebut ke dalam ‘offshore account’ (akaun luar negara) dan saya juga tidak mempunyai ‘offshore account’.

Saya tidak pernah membuat pengeluaran secara tunai dari akaun Am Bank tersebut. Semua transaksi adalah melalui cek kepada penerima. Saya berbuat demikian kerana saya mahu transaksi tersebut direkodkan.

Sekali lagi, jika saya mahu mencuri duit itu, mengapa perlu saya beritahu kepada Gabenor Bank Negara dan rekodkan semua transaksi duit derma dari King Abdullah itu.

Saya tidak gila untuk buat sesuatu tindakan yang boleh membunuh diri saya.

PEMBELAAN DS NAJIB BAGI KES 1MDB, 5/12/24, MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 14-12-2024 12:41 PM
Aku pun byk soklan kt ko di hadapan Allah nanti

Contoh soalan mana najib sembunyi mh370 kankankan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-12-2024 02:28 PM
Contoh soalan mana najib sembunyi mh370 kankankan

Tanya najib....
Kenapa nak curi duit , beritahu gabenor
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:46 PM | Show all posts
Kisah pahlawan Bugis ni tak pernah tertulis dalam mana2 Hikayat2 Melayu, sedih betul.

Harap boleh dibukukan Hikayat Pahlawan Bugis ini untuk diwiridkan oleh ahli UMNO sebagai tanda rantapan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 06:18 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 14-12-2024 06:19 PM
kemaruk replied at 14-12-2024 02:28 PM
Contoh soalan mana najib sembunyi mh370 kankankan

hurmmm ...ko neh bagi aku idea soklan tambahan pulak.kenapa cytro2 dia bangang2 belaka dan utk membangangkan para marhaen yg mmg  sedia bangang.semoga Allah xmurka dgn soklan aku serta mengizinkan.aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-12-2024 02:14 PM
TS Shafee: Kenapa duit derma dari King Abdullah dibawa balik ke Malaysia dan dimasukkan ke dalam a ...

Offshore acc blh kuar kt ATM mlm2 buta  ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Menasihati diri sendirikah?


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-12-2024 11:45 AM
Kesian Pahlawan Bugis kena penjara, sekor Melayu tak boleh tolong

Useless betul...tak pernah tert ...

Kenapa masih berharap pertolongan melayu?? Takdekah pahlawan bugis lain yang berani?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 07:41 PM | Show all posts
Belibis replied at 14-12-2024 06:59 PM
Kenapa masih berharap pertolongan melayu?? Takdekah pahlawan bugis lain yang berani?

Dah dia seketul je Pahlawan Bugis kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Usta Najib ...kekekeeke.. aku tuNggu ustaz versi cedet pulak...s. ustaz Tun...hahhahahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.265885 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list