CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 61981|Reply: 51

Kawan baik Che Ta, Anas Zahrin bantu bayar hutang kontraktor

[Copy link]
Post time 14-12-2024 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-12-2024 04:20 AM


Kawan baik Che Ta, Anas Zahrin bantu bayar hutang kontraktor




Mohamad Anas Zahrin (tengah). Foto dari Instagram Anas Zahrin



Kuala Lumpur : Kontraktor dikenali BaNi Rahman bertindak memadamkan hantaran dibuatnya berkaitan Rozita Che Wan yang didakwa tidak membayar hutang perkhidmatannya sebagai pemasang rumput tiruan di kediaman pelakon itu, tahun lalu.

BaNi menerusi penjelasan di akaun Facebook miliknya berkata, keputusan memadam hantaran berkenaan dibuat berikutan hutang itu sudah dibayar oleh seorang sahabat baik Che Ta juga usahawan, Mohamad Anas Zahrin.

"Syukur alhamdulillah dia dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa sahabat macam ini. Bukan senang nak dapat sahabat baik mcm ini.

"Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan Rozita. Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," tulisnya.

Menurut BaNi lagi, bayaran itu akan digunakannya untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Makkah selepas ini.

"Memang dari dulu lagi teringin sangat nak pergi umrah. Moga Allah SWT jemput saya ke sana," katanya kini sedang mengenal pasti agensi umrah yang sesuai untuk melaksanakan impiannya itu.

Terdahulu, BaNi mendakwa syarikatnya BANI Grass diupah oleh Che Ta untuk memasang rumput tiruan di kediamannya.

BaNi berkata, bagaimanapun dia sudah melakukan kerja asas sehinggalah sampai peringkat akhir mahu memasang rumput tiruan, namun terkejut apabila Che Ta memanggil syarikat lain untuk memasang rumput itu di rumahnya.

Difahamkan Che Ta memberi alasan rumput tiruan itu ditaja oleh syarikat terbabit, sekali gus permintaan BaNi Rahman mendapatkan upah kerjanya selama seminggu berulang alik dari Melaka serta kos barang sudah digunakan tidak dilayan oleh Che Ta.

Dia kemudian bertindak meluahkan perasaan sedih dan kesal terhadap selebriti sensasi itu di media sosial, namun tidak menyangka apa yang dikongsi itu menjadi perhatian ramai sehingga tular.


Disiarkan pada: Disember 14, 2024 @ 5:


https://www.hmetro.com.my/rap/2024/12/1166068/kawan-baik-che-ta-anas-zahrin-bantu-bayar-hutang-kontraktor



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk juga kes naya org ni eh…ish ish ish… semiga tbuka hati che ta utk bayar2 hutang org
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki dia terus dapat guna utk pergi umrah. betullah pergi rumah Allah ni jemputan, Allah akan mudahkan urusan tetamu yg dia nak jemput. jeles pulak iols
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni anas sama banje buah tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:59 PM | Show all posts
"Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan Rozita. Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," tulisnya.

Diam-diam tapi satu malaya tau. Nasiblah nek.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jauhnya dari melaka pi pasang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols masih jual lipstick ke?


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah ingatkan dapat bayaran nak setel gaji2 staf dan barang2 tapi ke umrah pulak. Tak paham iols mula dia cerita nak duit dia utk balik modal kan, so bukan masuk duit company ke tapi owner plak spend ke umrah. Apapun anas ni kaya bisnes apa? Iols tak kenal dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cek Ta ❌
Cek Tang ✅
sebab utang berkepok & liat bayo utang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 01:32 AM | Show all posts
baca kat mana tah kata nak bayar gaji. ni tiba2 nak guna duit tu pi umrah. kata kawan tolong senyap2. tapi pi canang satu malaya. sesuatu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Abistu dah bagi no akaun merata mesti terlebih dpt duit boleh cover hutang dan lebihan pi umrah apa2 lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 terdekat tolong sket nasehat. X perlu kot show off sgt lps nie.

Utang x baya minimbun… x de org impressed pon! Menipu diri x malu ke kt tuhan!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baekkkk bermotipppp gitewwww... Dgn syarat tolong sebut nama abg. Alang2 yg teraniaya sedang viral and ambil kesempatan semasa tgh viral, dandan ko pun nk ke mekah.. lpasni hbis sume content ko disiar akbar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 15-12-2024 05:55 AM

Diam2 la sgt...entah2 mmg cik ta mintak tolong kat kawan2 baik....nk cover malu kawan baik ckpla cik ta x tahu...7k kut...bukan rm70
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahape2 kontraktor ni.. org dah tolong senyap2, dia siap share whatsapp chat dgn Anas...kata x nak heboh tp ko viralkan?? Kata x sgka.bnda ni akan jd viral xkan la xleh agak kot?? Bukan nk side kontraktor ni tp klu i jd Anas, rasa segan pulak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 15-12-2024 07:36 AM
cicicumel replied at 15-12-2024 06:35 AM
Tahape2 kontraktor ni.. org dah tolong senyap2, dia siap share whatsapp chat dgn Anas...kata x nak h ...


Kalau sapa2 jd kontraktor tu pun akan dedahkah sb sakit hati cik ta x nk bayar...kawan pulak yg bayar...tayang hidup kemain mewah..hakikat sengkek...menipu menganiaya kontraktor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya anas ni lupa nak deal jgn reveal siapa yg bayar hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:39 AM | Show all posts
Ada cik Ta kesahh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik rasa bukan kontraktor ni nak menyebarkan kenaikan kawan dia tapi point dia is dia nak bagi tau secara halus yang che ta ni tak bayar hutang & orang lain yang tolong bayarkan. Bukan nya dia nak bagi tau baik bermotif ke apa & bukan nak viralkan kebaikan. Itu pandangan acik la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 10:02 AM | Show all posts
acikbajuhijau replied at 15-12-2024 09:43 AM
Acik rasa bukan kontraktor ni nak menyebarkan kenaikan kawan dia tapi point dia is dia nak bagi tau  ...

i rasa pun betul.tp anas ni mmg baik dari zaman dia jual skirt lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048699 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list