CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71069|Reply: 0

[Pulau Pinang] 30 berlepas ke Kemboja esok, NGO bimbang jadi mangsa sindiket penipuan

[Copy link]
Post time 15-12-2024 01:47 AM | Show all posts |Read mode
30 berlepas ke Kemboja esok, NGO bimbang jadi mangsa sindiket penipuan

Zuhainy Zulkiffli[email protected]






Wong Kin Wai bersama pasukannya selepas membuat laporan di Balai Polis LTAPP bagi menghalang tindakan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Bayan Lepas: Seramai 30 warganegara Malaysia dikesan menjadi mangsa sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan di Kemboja, yang dijangka berlepas ke negara itu esok.

Mangsa dijangka berlepas menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi sindiket yang dipercayai didalangi warga Taiwan.

Ketua Skuad Banteras Wong Kin Wai berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai sindiket termasuk senarai nama mangsa yang mahu bekerja di negara berkenaan.

"Sindiket dikatakan menggunakan warga tempatan bagi menarik dan membuat tawaran pekerjaan kepada mangsa yang berusia 20 hingga 40 tahun.

"Mangsa ditawar dengan pekerjaan yang membawa gaji lumayan sehingga mencecah RM30,000 namun apabila tiba di negara itu, mereka dibimbangi didera serta diperdaya," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Wong bersama Skuad Banteras ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, bagi tindakan pihak berkuasa supaya menghalang tindakan sindiket itu dengan segera.

Katanya, pihaknya juga akan merujuk perkara itu kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memastikan pergerakan sindiket yang membawa kesemua mangsa ke negara terbabit, digagalkan.

"Sindiket ini dipercayai berlaku sejak 2020 dan mereka didakwa membawa mangsa ke negara itu sehingga tujuh kali setiap bulan.

"Kebanyakan mangsa adalah golongan yang sedang mencari pekerjaan dan sebaik tiba di Kemboja, barulah mereka sedar ditipu sindiket," katanya lagi.

Pihaknya juga memohon kepada JIM supaya melancarkan 'red alert' bagi aktiviti keluar negara dengan siasatan serta pengesahan penerbangan ke Kemboja selain memantau penerbangan itu.

"Kita juga menggesa supaya diperketatkan undang-undang dan syarat kebenaran visa jangka panjang kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Kemboja.

"Orang ramai juga dinasihati supaya berhati-hati dengan taktik sindiket yang menawarkan pekerjaan bergaji lumayan di luar negara," katanya.



Disiarkan pada: Disember 14, 2024 @ 9:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166181/30-berlepas-ke-kemboja-esok-ngo-bimbang-jadi-mangsa-sindiket-penipuan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.043290 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list