Selepas 6 jam umum, Ferry Line batalkan kenaikan tiket feri
Hamzah Osman[email protected]
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Langkawi: Selepas enam jam diumumkan, syarikat Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) menarik balik sebahagian ketetapan mahu menaikkan tambang feri ke pulau ini, mulai 1 Januari ini.
Pengurus Besar Ferry Line Kapten Dr Baharin Baharom berkata, pihaknya membatalkan hasrat menaikkan tambang feri bagi warganegara seperti diumumkan pagi tadi.
"Atas nasihat Kementerian Pengangkutan dan kerajaan negeri maka kenaikan tambang bagi warganegara mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan.
"Bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancongan asing akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Harian Metro sebelum ini melaporkan Kementerian Pengangkutan meminta Ferry Line menarik balik serta-merta pengumuman kenaikan tiket feri atau tidak layak menerima subsidi diesel.
Terdahulu, Ferry Line mengumumkan kenaikan harga tiket bagi perkhidmatan feri bagi setiap perjalanan ulang-alik dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi antara RM3 dan RM10.50 bermula 1 Januari ini.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 3:02pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1166426/selepas-6-jam-umum-ferry-line-batalkan-kenaikan-tiket-feri
[size=0.95]
|