CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18407|Reply: 40

[Tempatan] Lagi kes jenazah ‘ditahan’ sebab tak cukup duit

[Copy link]
Post time 17-12-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Lagi kes jenazah ‘ditahan’ sebab tak cukup duit



Lagi kes jenazah ‘ditahan’ sebab tak cukup duit


PETALING JAYA – Belum reda kisah kematian seorang bayi lelaki disimpan sehingga beku, semalam muncul pula pendedahan baharu mengenai jenazah wanita dikatakan ditahan hampir 24 jam gara-gara suaminya tidak cukup wang.

Menerusi perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official, pihaknya mendedahkan terdapat kartel jenazah yang mengambil kesempatan mengenakan caj pengurusan terlalu tinggi kepada lelaki tersebut sehingga proses pengebumian jenazah isterinya tergantung.

Katanya, pasangan tersebut merupakan mualaf dan berstatus asnaf serta si suami adalah kategori orang kelainan upaya (OKU).

“Kisah berlaku pada 12 November lalu apabila seorang wanita disahkan meninggal dunia di unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ampang dan bil hospital RM5,500.

“Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan boleh bayar kemudian dan meminta waris menguruskan jenazah wanita tersebut terlebih dahulu,” katanya.

Bercerita lanjut, pengendali Facebook tersebut berkata, beberapa jam kemudian, secara tiba-tiba muncul dua individu yang mendakwa mereka dihubungi pihak hospital untuk menawarkan khidmat pengurusan jenazah.

“Van sudah siap dibawa. Harga urus jenazah yg ditawarkan RM500 mulanya, suami arwah setuju dan jenazah dibawa ke masjid dan selepas selesai mandi, kafan sekitar 4 petang, tiba-tiba harga berubah dan naik anggaran RM2,000.

“Sehinggalah pukul 2 petang 13 Disember, jenazah tersebut ‘ditahan’ tanpa perikemanusiaan,” jelasnya.


https://www.kosmo.com.my/2024/12/15/lagi-kes-jenazah-ditahan-sebab-tak-cukup-duit/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo sindiket2 ni masa covid berlambak.kan..
Now masih ada lagi..ish3
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu laki ak pernah dpt offer buat biz uruskan jenazah..kwn dia ckp masyuk.. Sbb skang byr mahal.. Ak ckp ngn laki ak x payah la.. Bende ni suppose amal jariah klu ko da charge mahal2 x rase salah ke.. Pastu klu org tu x mampu camne.. Ko x nk uruskan ke.. Buat la biz lain...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
la bines mayat pulek.semoga dihantuibje la ngn mayat itew
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:36 PM | Show all posts
meniaga manusia yg paling untung
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:39 PM | Show all posts
matseh replied at 17-12-2024 04:36 PM
meniaga manusia yg paling untung

Gitulah kata Husin Lempoyang..Meniaga manusia lagi untung dari meniaga unta...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya lah..
dedah la sape undertaker tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Regulate ja perniagaan ni biar semua tau zaman sudah berubah mati itu tidak lagi percuma. Pengurus jenazah juga perlu makan minum untuk hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya kena tahan sampai 13 December. Tak reput ka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga 2k tu memang harga cost pengurusan kebumi. Even masjid pun kalau kita tak masuk khairat, memang tu harganye. Rm500 is a lie.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 05:02 PM | Show all posts
“Van sudah siap dibawa. Harga urus jenazah yg ditawarkan RM500 mulanya, suami arwah setuju dan jenazah dibawa ke masjid dan selepas selesai mandi, kafan sekitar 4 petang, tiba-tiba harga berubah dan naik anggaran RM2,000.


So siapa yg tahan kalau dah bawa ke masjid?  Bukan hospital la kan.  Lelancai dia nak cover je kisah dia fitnah doctor tu kartel jenazah kan kan kan...fitnah orang tu block lepas tu suruh orang tu pula jumpa dia.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 05:09 PM | Show all posts
tak habis2 nak salahkan hospital
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamlah ko 1choiii cacai
Sebutir dari mulut ko tak hingin aku percaya

Yg kartel2 ni tak takut Yang Esa ye?
Uruskan jenazah adalah fardu kifayah. Fardu yg dituntut

Lagi satu, tahulah mangsa dlm ni muaalaf, oku katanya
Tapi dok ampang kan?
Bandar kan?
Takkan takde surau kat taman tu?
Mustahil sgt takde khairat kematian

Akak yg bermastautin diseberang laut pun join khairat di malaya dekkkk  
Tak tahu berapa ringgit tapi murah je rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-12-2024 09:40 AM

Huntong la ada khairat kematian.

Meols ngurus jenazah mendiang pak meols, around 10k jugak terbang uiiiii. Guna undertaker. Ambik pakej. Dah macam nak kawen.

Chinkspet tu lagik la mahal kos. Idup susa, matiey pun susa.

Tapi weols dapat derma around 30k la. Cuma...Suma habis yitu yinih. Kaum weol ni, if non Moslem, kalau hada meninggal, seminggu sedara mara kau berkampung kat rumah. Seminggu juga la kau atur makan minum deol. Tak termasuk beer, wine, vodka, Sprite, Coke.

Pehtu hari ketujuh buat makan2 lagik. Kuar duit lagik.

Eh meriah sebenarnya. Memang macam majelis pesta pora kawin2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba check depa ni pernah masuk serama ke apa.. samseng semacam je
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos mandi kapan van kebumi mmg standby 4-5k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-12-2024 05:36 PM
Huntong la ada khairat kematian.

Meols ngurus jenazah mendiang pak meols, around 10k jugak terbang  ...

baca para atas mcm nak maki, kesian kalau org miskin caner??
baca para bawah nak gelak pun ada, kaum kerabat yg hidup meneruskan urusan seperti biasa pakej bergembira dgn perjumpaan sesambil mkn minum free
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali jangan mati, teruskan bayar cukai kepada kerajaan mahaldahni

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa mak i meninggal di hkl mmg ada yg offer utk mandikan jenazah
600 utk mandi dan kafan
Kami decide serahkan pada pihak masjid.
Mandi, kafan, kubur, van 600
Kami bagi extra pada tukang mandi jenazah sbb diorng urus sgt elok dan tertib.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-12-2024 02:41 PM
syamzana replied at 17-12-2024 11:45 AM
baca para atas mcm nak maki, kesian kalau org miskin caner??
baca para bawah nak gelak pun ada, ka ...


Gitulah. Kan kata pepatah bilang the only time ko boleh jumpa orang yang dah lameeeee tak jumpa adelah masa kawen dan masa kematian. Weol punya adat berkampung 7 hari tu rasionalnya huntok temankan femili si mati berkabung. Lagipun weols tak terus kubo jenazah. Biasanya hari ke-3 baru kubo. Sebab tu weol tempah keranda siap hada ekonnnnn huntok mayat sejuk2 tak bau lepas kena awet.

Ni kat kampung2 pun buat. Kalau yang meskin2 tu ade la YB datang kasik derma untuk tanggung siked2 kos. Tade duit beli keranda, ah beli la kau papan lapis pehtu ajak orang kampung gotong royong buat keranda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.087814 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list