CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17673|Reply: 14

KKM perlu wujud tabung khas bantu waris selesai urusan tuntut jenazah - EXCO Selangor

[Copy link]
Post time 18-12-2024 08:36 AM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM: Tabung kecemasan atau dana khas perlu diwujudkan bagi membantu waris yang tidak berkemampuan membiayai bil tuntutan pengurusan jenazah termasuk di hospital swasta, kata EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari.


Anfaal berkata cadangan yang akan dikemukakan untuk pertimbangan Kementerian Kesihatan (KKM) itu antara lain bagi mempercepatkan pelepasan berkaitan tuntutan pengurusan jenazah.


Beliau berkata cadangan itu juga bagi mengelakkan insiden bayi "ditahan" dalam peti sejuk seperti yang berlaku baru-baru ini berulang.


"Kita akan mengusulkan kepada KKM untuk buat dasar itu termasuk wujudkan satu tabung atau dana khas yang boleh diberikan kepada penerima bantuan khususnya waris dalam kes-kes berkenaan.


"Langkah ini juga adalah fardu kifayah kepada umat Islam khususnya dalam mempercepatkan pengurusan jenazah selepas berlakunya kematian," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Future Laboratory Sdn Bhd (FutureLab) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.


MoU itu bagi tujuan pelaksanaan Program "Mentorship Strivers' Hub" yang bermula pada Nov 2024 hingga Dis 2026, iaitu program bimbingan untuk membantu 1,200 usahawan wanita di seluruh Selangor dalam meningkatkan kemahiran serta pendapatan dalam jualan.


Anfaal berkata beliau juga akan mengusulkan perkara sama kepada pengurusan zakat di negeri Selangor bagi melakukan perkara yang sama.


Mengulas perkembangan kes dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil, beliau berkata kerajaan negeri masih menunggu maklumat sahih daripada siasatan polis dan KKM sebelum tindakan lanjut diberikan.


Beliau berkata kedua-dua pihak iaitu waris dan hospital mempunyai hujah masing-masing, dan pihaknya akan memastikan semua hasil siasatan itu tepat sebelum mengambil tindakan seperti kaunseling.


Sebelum ini, tular menerusi media sosial kisah jenazah bayi lelaki yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil. – BERNAMA




Sumber – BH ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 09:11 AM | Show all posts
Ini lah bila cikki cikki feeling nak jadi exco lah, wakil rakyat lah, acah2 woke & berotak, walhal statement pun ride isu semasa... TAK BUAT HOMEWORK ke nok???? KKM & setiap hospital kerajaan dah lamaaaaaa ada Jabatan Sosial & Kebajikan....yang mana tak mampu bayar bil, beli spare part atau ubat bukan stok kerajaan, hospital selalu advise mohon kat Jabatan Sosial ni.....then mereka akan guide untuk mohon bantuan baitumal/JKM..... bukannya hospital yang tolong buat tabung pulak...satu kerja pulak nak manage tabung, dengan masalah tak cukup staff lagi, masalah doktor kontrak lagi... cukup la bebankan KKM nok...macam2 kau nak memintak ye....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:30 AM | Show all posts
Dah kenapa pula yg kat hospital swasta pun kena.  Masuk2 dah tentu derang mintak deposit dulu kurang2 pun 3k tengok sakit apa kalau tak de GL.  Yg hospital kerajaan dah memang ada kut.  Yg kes ni sebab mak pak bengong.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perbadanan Tabung Tanam Mayat Nasional tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf la aku sus ngn bapak baby tu
Bkn bermakna aku sokong beku baby
Tp ko bini mengandung 9 bln sekali pn ko xbawak pg cek
Guna apps pale hotak mu
Pastu pg plk klinik swasta mase sakit
Gov dkt je
Jiran yg di katakan anta tu wujud ke idok

Bottom line ko bapak yg cuai.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 09:52 AM | Show all posts
tak setuju anfaal....apa mende ko cadang niiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoyai mulayu.
Dr lahir ke doniya sampai katop mata gomen nk kena pikir urusan kau.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:28 AM | Show all posts
semua bende nak di uruskan gomen, susah la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 12:20 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 18-12-2024 09:11 AM
Ini lah bila cikki cikki feeling nak jadi exco lah, wakil rakyat lah, acah2 woke & berotak, walhal s ...

Aku setuju.Yang Berhormat niee.....hemmmmmmm..... tunggang aje laa isu panas semasa yeee... asalkan nampak buat kerja. Hospital kat Malaysia ni dah lama ada pusat khidmat nasihat utk masyarakat bagi urusan kewangan dan nasihat kesihatan. Pegawai2 YB ni tak bantu ke semak ke? Dah kena semua kerajaan nak fikir ..adoyaiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua mengaku tak mampu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengamuk la acik2 nurse bertambah beban kerja diorng
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 01:19 PM | Show all posts
apa bodoh dia ni..hospital gomen kan free..dia nak buat tabung utk swasta ke??eh pelik nyooo
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggang jgn tak tunggang
Yiba yiba huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:59 PM | Show all posts
Salahkan Hospital Razif. Tapi terima kasih juga sebab dia punya satu kebodohan selamat sepital2 swasta yang lain. Nampak bifoti dari jauh, guard boleh cepat2 tutup lampu kunci pintu. Buat baik berpada2 kata pepatah melayu tapi melayu juga yang lupa.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 05:17 PM | Show all posts
dah kenapa nak wujud dana khas pulak? ada je idea nak kelepet duit rakyat, baitumal ada, pusat zakat ada, yang bukan Islam, boleh mohon Jabatan Sosial kat hospital nun....aduhai, level apakah ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.458980 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list