CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10656|Reply: 9

[Tempatan] Tok Mat minta KKM keluarkan kompaun kerana langgar larangan merokok

[Copy link]
Post time 18-12-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode
malaysiakini.com.my
Diterbitkan:  Dec 18, 2024




Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyerahkan notis kompaun kepada Mohamad Hasan hari ini selepas menteri luar itu tular kerana merokok di sebuah premis makan.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, menyatakan kompaun berkenaan bakal disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut Dzulkefly, sebenarnya Mohamad sendiri yang minta KKM mengeluarkan kompaun berkenaan atas kesalahan yang dilakukannya.

"Dan beliau memberitahu saya, kompaun tersebut akan dibayar," kata Dzulkelfly melalui platform X pagi ini.




Semalam Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menarik perhatian ramai apabila tular gambar dia sedang duduk berbual di sebuah premis makan yang tidak didedahkan butirannya.

Bagaimanapun kejadian tersebut didakwa berlaku ketika Mohamad pulang melawat kawasannya di Negeri Sembilan.

Sebelum menjadi Ahli Parlimen Rembau, Mohamad merupakan Adun Rantau di dalam kawasan tersebut.

Mengulas mengenai gambar itu semalam, Dzulkefly menegaskan tiada sesiapa yang terlepas daripada undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jika melanggar peraturan ditetapkan.

"Setelah Akta 852 berkuat kuasa pada 1 Okt yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang," katanya di X.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
'PELIK'...naper dia x minta dipenjara
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
not as simple as that
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 03:08 PM | Show all posts
xde ayat "kalau kat jepun dah letak jawatan" ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 03:12 PM | Show all posts
kalau takut kena kompaun, tinggal dalam gua je la
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 03:20 PM | Show all posts
contoh x baik kepada masyarakat betholl..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 04:01 PM | Show all posts
Kompaun untuk menteri mesti tak sama ketimbang untuk bifoti kan? Tambang haji pun dah lain. Mampu lebih kena pun lebih.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak gentleman la gitu takat bayar denda je
Kita pun tau dia mampu tp tu la…integriti tarak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda apa la sgt. X luak pun gaji dan elaunnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Celah gigi je pon..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 1.087124 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list