View: 8856|Reply: 8
|
Gaji pertama SSPA: Penjawat awam kongsi rasa syukur
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini menerima kenaikan gaji pertama selepas pelarasan di bawah skim itu.
Sebahagian daripada mereka meluahkan rasa gembira dan menzahirkan kesyukuran, selain berterima kasih kepada Kerajaan Madani atas pelaksanaan pelarasan gaji itu, yang dilakukan selepas 12 tahun tanpa semakan.
Seorang penjawat awam, Desmi Hartati Anuar, menyifatkan pelarasan gaji itu sebagai rezeki buat anak pertamanya setelah hampir 15 tahun menanti untuk bergelar ibu.
"Anak saya lahir pada 19 Ogos 2024, dan hari ini genap usianya empat bulan. Suami saya juga seorang penjawat awam, dan kami berharap dapat menambah simpanan pendidikan anak kami," katanya ketika dihubungi Bernama.
Guru berusia 42 tahun itu turut berharap kenaikan gaji itu dapat meringankan beban kewangan bulanan keluarganya, terutama selepas pembelian rumah baru-baru ini.
Bagi Netty Muhalizza Mohd Fadzil pula, pelarasan gaji itu dianggap tepat pada masanya lebih-lebih lagi untuk penjawat awam yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.
"Minggu depan cuti sekolah bermula, jadi ramai ibu bapa yang mungkin perlu membuat persediaan untuk sesi persekolahan baharu Januari nanti. Selain itu, pasti ada juga yang hendak merancang persiapan hari raya," kata kakitangan di sebuah universiti awam itu.
Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia menerusi hantaran di Facebook menyatakan bahawa pelarasan gaji ini diharapkan mampu mengurangkan beban kewangan serta memastikan kelangsungan hidup penjawat awam dalam era yang semakin mencabar.
"Dengan kenaikan ini, diharap kita semua tidak meningkatkan gaya hidup, sebaliknya mengurangkan komitmen sedia ada dan berbelanja secara berhemah. Lebihan gaji boleh digunakan untuk menggembirakan ahli keluarga," menurut kenyataan kesatuan itu.
Penjawat awam turut berkongsi keterujaan mereka menerima kadar gaji baharu melalui pelbagai hantaran di media sosial.
Di bawah SSPA, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim berkenaan, akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Disember 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Januari 2026.
Sementara itu, bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2, menerusi SSPA yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
esok bank pasti sesak org gomen nak buat hutang baru |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan elaun aku ikut gaji basic, sekarang dah jadi pegun, tpi nasib dah kerja lama, yg rugi yg bru jelah |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn lupa jasa gomen ....termasuk jasa king kong(jugok....tu).Jgn lupa undi king kong pru-16 nt... |
|
|
|
|
|
|
|
Ho shitt.. esok gomen dah gaji ke.. aku baru ingat nak pi tukor kad bank esok |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 19-12-2024 09:14 PM
Ho shitt.. esok gomen dah gaji ke.. aku baru ingat nak pi tukor kad bank esok
Hari ni dah gaji, seminggu awal sebab Krismas next week. Pekerja swasta tolong jawabkan. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 19-12-2024 02:25 PM
Hari ni dah gaji, seminggu awal sebab Krismas next week. Pekerja swasta tolong jawabkan.
Eeehhhhh kannnnn lupa gaji hari ni ingatkan soookkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by matseh at 20-12-2024 10:33 AM
Payroll kata gaji 24hb. Sedeh la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|