View: 31227|Reply: 3
|
[Tempatan]
Saling tuduh punca penuntut IPTA dipukul bergilir
[Copy link]
|
|
Saling tuduh punca penuntut IPTA dipukul bergilir
https://www.freemalaysiatoday.co ... a-dipukul-bergilir/
FMT Reporters
19 Dec 2024, 01:19 PM
Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin berkata mangsa yang sedang dirawat di wad biasa dilaporkan dalam keadaan stabil. (Gambar Bernama)
Polis berkata mangsa 20 tahun itu dipercayai dipukul menggunakan kayu.
PETALING JAYA: Polis percaya tuduh-menuduh antara punca penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dipukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul di sebuah kolej kediaman Ahad lalu.
Ketua Polis Terengganu, Mohd Khairi Khairudin, berkata mangsa 20 tahun itu dipercayai dipukul menggunakan kayu.
“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan tiada sebarang kecederaan organ dalaman atau patah tulang dikesan, ia hanya lebam.
“Mangsa dirawat di wad biasa dan pemantauan ke atas dia masih diteruskan dan keadaan mangsa stabil,” katanya menurut Harian Metro pada sidang media di IPK Terengganu.
Beliau berkata, setakat ini, 12 penuntut ditahan dan mereka direman empat hari hingga Sabtu ini.
Beliau menasihatkan pelajar di pusat pengajian tinggi atau sekolah tidak melakukan kekerasan jenayah terhadap pelajar lain.
“Jika didapati bersalah, mereka akan dihadapkan ke mahkamah dan pihak universiti akan ambil tindakan juga. Polis akan ambil tindakan berlandaskan undang-undang.”
Semalam, media melaporkan 12 penuntut sebuah IPTA di Terengganu ditahan kerana dipercayai terbabit pukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul di sebuah kolej kediaman Ahad lalu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tau la tuduh tapi tuduh apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa org mangsa tu? 1 lawan 12 ke macam mana sbb kalau lawan 12 setakat wad biasa syukur sgt. Ganas2 ye budak2 U kita agaknya kalau kena serang diarg ni yg pertama pertahankan negara la ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|