View: 38087|Reply: 21
|
[Tempatan]
Kubu tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui di runtuhan tebing Sungai Kelantan
[Copy link]
|
|
bharian.com.my
Disember 20, 2024
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Kelantan Datuk Kamarudin Md Noor hari ini meninjau sebuah kubu tinggalan perang zaman British-Jepun yang ditemukan selepas runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Isnin lepas. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Sebuah kubu dipercayai berusia lebih 80 tahun dan dibina ketika Perang Dunia Kedua ditemukan di tebing Sungai Kelantan di sini, selepas sebatang pokok besar tumbang susulan runtuhan tanah berhampiran sebuah kondominium di Jalan Post Office Lama, Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor yang mengesahkan perkara itu berkata, kerajaan negeri bercadang menjadikan kubu itu sebagai tarikan pelancongan.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat mengenai kubu bersejarah itu sebelum ini sehinggalah tebing sungai di lokasi berkenaan runtuh baru-baru ini yang telah membawa kepada penemuan berkenaan.
Sebuah kubu tinggalan perang zaman British-Jepun yang berada di kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan ditemui berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama hari ini. - Foto Bernama
"Jika dilihat, struktur kubu ini masih tidak terjejas walaupun terkesan dengan banjir-banjir sebelum ini, cuma ada sampah yang masuk ke dalamnya apabila banjir besar," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama Perbadanan Muzium Kelantan bagi menjalankan tinjauan lanjut selain meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memasukkan kubu itu dalam perancangan mengindahkan landskap tebing Sungai Kelantan.
"Saya agak kesal kerana tiada penceritaan tentang kubu ini walhal ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan kita akan usahakan supaya muzium negeri mahupun Jabatan Muzium Malaysia mengambil minat terhadap penjagaan kubu ini untuk dijadikan produk pelancongan," katanya.
Struktur kubu masih tidak terjejas walaupun terkesan dengan kejadian banjir sebelum ini. - Foto Bernama
Penduduk, Hasbullah Deraman, 39, tidak menyangka terdapat kubu perang di kawasan berkenaan kerana lokasi itu merupakan tempat rekreasi orang awam.
"Saya agak terkejut apabila dimaklumkan terdapat sebuah kubu telah dijumpai selepas runtuhan tebing Sungai Kelantan. Kebiasaannya saya berjoging pada waktu petang, tidak pernah terlintas ada kubu perang di kawasan ini," katanya.
Peniaga Ahmad Abu Hassan, 44, berkata dia juga tidak mengetahui adanya kubu di kawasan itu yang dilitupi pokok besar dan semak-samun.
"Tinggalan perang ini tersembunyi di sebalik pokok besar sehinggalan pokok itu tumbang akibat runtuhan tebing," katanya. - BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sejarah yg menarik tapi hilang dari pengetahuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada nilai sejarah ke dlm tu? Kalau xde apa2 value, ok je majukan tanah tu. Nampak ada sofa kat situ, ada sampah botol dlm kubu tu. Adakah ada yg guna ruang tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Cheh ingatkan ancient ruins. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantai TC Kontan pun ada jer supa gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow..mujur x jd sarang mat pet |
|
|
|
|
|
|
|
X penting pun nak simpan lagi kubu ni..yg bina pun British sekutu zionis.. satu je manfaat yg boleh amik dari kubu ni macam mana diorg bina sampai skang masih elok x terjejas. Konkrit dlu2 mmg lagi kuat cane.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat pet dah lama tau tempat tu. Sekarang terpaksa pulak cari port baru. Ciss...!
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah tengok kubu peninggalan British di teluk chemoedak Kuantan tiada siapa yang ambil kisah pun dan akhirnya di tutupi oleh pasir pantai |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni baru keluar berita tebing sungai kelantan runtuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 20-12-2024 02:27 PM
Wow..mujur x jd sarang mat pet
Kawan aku cakap orang gila duk situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambik inspirasi buat bunker.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 20-12-2024 06:50 PM
Mat pet dah lama tau tempat tu. Sekarang terpaksa pulak cari port baru. Ciss...!
Kah kah kah..tersemburrr kopi aku ni
Mat pit kene keje overtime la nk cari port baru pasnih |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 20-12-2024 06:42 PM
X penting pun nak simpan lagi kubu ni..yg bina pun British sekutu zionis.. satu je manfaat yg boleh ...
Suruh la british amik kubu ni bwk balik simpan kt muzium depa sana tuh..depa kan pencurik segala artifak sejarah ummah sskjp yg peghak dgn london pasti bangga sbb ada bau2 british gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la tak perasan apabila dah bina new structure on top kubu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kubu Mat Pit
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 21-12-2024 02:01 AM
cmf_premierleag replied at 20-12-2024 09:44 PM
Suruh la british amik kubu ni bwk balik simpan kt muzium depa sana tuh..depa kan pencurik segala a ...
Kelate Go More tersenyum sinis
Masuk suk To back lamo lamo Cohort sedak |
|
|
|
|
|
|
| |
|