View: 41082|Reply: 6
|
[Tempatan]
Dividen KWSP 2024 dijangka cecah enam peratus
[Copy link]
|
|
utusan.com.my
Oleh AIMAN ALI
27 Disember 2024
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen pada kadar antara 5.7 peratus hingga enam peratus tahun ini.
Jangkaan kadar itu lebih baik berbanding 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2023.
Pensyarah Fakulti Ekonomi Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Mustafa Mohd. Hanefah berkata, jangkaan itu berikutan prestasi ekonomi negara dalam keadaan positif.
“Saya menjangkakan dividen simpanan Konvensional diantara 5.75 peratus hingga 6 peratus manakala simpanan Syariah pula 5.6 peratus hingga 5.9 peratus tahun ini.
“Faktor dividen ini kerana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan positif pada suku ketiga tahun ini iaitu 5.3 peratus dan berpotensi mencecah 5.9 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing untuk simpanan Konvensional dan simpanan Syariah.
Senada itu, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, jangkaan dividen yang mampu mencecah enam peratus disebabkan prestasi positif Bursa Malaysia.
“Faktor dividen KWSP dijangka lebih tinggi dari sebelumnya kerana prestasi Bursa Malaysia yang meningkat begitu positif tahun ini, melebihi 10 peratus di KLCI,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bila boleh tahu jumlah sebenar dan bila kita boleh ambil? i tak sabar nak pi holiday dan beli massage chair yang padu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ChildrenOfBodom at 29-12-2024 02:36 PM
Selalu Feb - Mac 2025
|
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 29-12-2024 02:35 PM
Selalu Feb - Mac 2025
thank you harap2 betul lah 6%... |
|
|
|
|
|
|
|
Maka aetiap hari 5-6 thread la pasal dividen kwsp dibuka oleh pensokong kelak, persis masa ringgit cecah 4.2 sekejap aritu
Kebangga la katakan |
|
|
|
|
|
|
| |
|