View: 41188|Reply: 20
|
Tangani cabaran kenaikan kos sara hidup jadi keutamaan kerajaan - PM
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat mengimbau kembali tahun 2024 yang disifatkan sebagai tahun mukadimah dan pembuka kepada agenda pembaharuan nasional untuk negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah menggerakkan usaha menjelmakan anjakan baharu sepanjang tahun ini, khususnya dalam memenuhi kerangka Ekonomi MADANI diluncurkan pada 27 Julai 2023, satu hala tuju jelas untuk membentuk semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia.
Bagi mencapai hasrat itu, beliau memahami tidak semua keputusan dan kebijakan kerajaan itu popular atau lekas membuahkan hasil.
"Namun, semua ini dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas, dengan niat ikhlas serta penilaian yang teliti untuk memastikan dasar-dasar terbabit ini memberi manfaat kepada rakyat terbanyak," katanya dalam perutusan khas sempena tahun baharu yang disiarkan secara langsung di televisyen malam ini.
Anwar berkata, antara usaha dijayakan kerajaan bagi 2024 adalah penyasaran subsidi diesel serta tarif elektrik yang digerakkan, bertujuan menutup ketirisan sekian lama disebabkan subsidi pukal yang disalurkan kepada pihak paling kaya serta tiga juta warga asing tidak layak.
Selain itu, katanya, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2024 ditambah RM10 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah.
"ada tahun hadapan (2025), kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan STR dan SARA sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion keseluruhannya.
"Selain menambah jumlah bantuan saban tahun, kerajaan juga giat menangani gejala fenomena kenaikan kos, kerana kos sara hidup ditangani melalui penganjuran Program Payung Rahmah di seluruh negara.
"asukan pemantau digerakkan dengan aktif untuk memerhati, memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mencatut harga dengan sewenang-wenangnya," katanya.
Anwar berkata, keadaan ekonomi semasa harus ditangani dengan bijak kerana ia juga membabitkan apa yang belum diduga, yang berlaku separah ini, iaitu seperti musibah banjir di beberapa negeri mutakhir ini.
Untuk itu, katanya, kerajaan sudah memberi jaminan segala usaha akan terus dijalankan di semua negeri bagi memastikan bantuan segera tiba, sementara kerja pemulihan dan bantuan secepat mungkin dapat diselenggara semua agensi pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan atau jajahan.
"Operasi kesiapsiagaan sejak awal sudah dirangka secara mampan supaya dapat mengelak dari dampak yang buruk daripada musibah itu. Kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda yang rosak.
"Mengenai perbelanjaan pembangunan negara, selain tumpuan diberi kepada prasarana asas seperti jalan raya, lebuh raya dan bekalan, adalah dengan meneruskan projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi biarpun akan memberikan kesan dan dampak perbelanjaan tinggi," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kang kalo amek pendekatan kos gaya hidup murah, kena hina miskin pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 1-1-2025 09:43 AM
minum teh kopi hipster minimum rege RM5.50, ada yg harga berbelas RM
x nak kopi/ teh ais ikat tepi yg rege RM3.00 tu
tapi
bila ayam naik rege 50 posen se kg..
memekak marah gomen |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-1-2025 09:42 AM
minum teh kopi hipster minimum rege RM5.50, ada yg harga berbelas RM
x nak kopi/ teh ais ikat tepi ...
Ilmu apa ko pakai sampai boleh tau..yg memekak pasai ayam naik 5 posen tu beli kopi rega berbelas???? |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar berkata, antara usaha dijayakan kerajaan bagi 2024 adalah penyasaran subsidi diesel serta tarif elektrik yang digerakkan, bertujuan menutup ketirisan sekian lama disebabkan subsidi pukal yang disalurkan kepada pihak paling kaya serta tiga juta warga asing tidak layak.
TNB kata tarif kene naik sbb kene buat banyak pelaburan utk memenuhi permintaan.
Kau suruh la yg nak pakai banyak tu bayar kos pelaburan.
Data centre. Startup AI. EV charging station.
Kau humban kos pelaburan TNB melalui kenaikan tarif atas kepala marhein babi apa sial? |
|
|
|
|
|
|
|
14% naik bil api.. Berasap la kite tido pakai kipas pusing je |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 1-1-2025 10:32 PM
14% naik bil api.. Berasap la kite tido pakai kipas pusing je
Kalau sebulan guna RM500, naik 14% lebih kurang RM70 jadi RM570.... Mmg terkesan sgt ke kenaikan RM70 tu sampai nk kena guna kipas pusing jer??
Ada kemungkinan OPR turun, so kalau OPR turun kira dpt offset lah kenaikan bil |
|
|
|
|
|
|
|
Kita hidup mcm ni je jugak bangnon.... kalo barang naik, beli barang lain lebih muroh.. dulu beli sawi kat cold storage keyellsisi.. kita ubah beli dekat pasar kajang ye dok |
|
|
|
|
|
|
|
sebab aku tak dok Sukau..
tu yg aku tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 1-1-2025 10:48 PM
Kalau sebulan guna RM500, naik 14% lebih kurang RM70 jadi RM570.... Mmg terkesan sgt ke kenaikan R ...
Mungkin mungkin maybe maybe.. Hohooo |
|
|
|
|
|
|
|
B20: Households that are focused on meeting basic needs such as food, housing and clothing.
M50: Economically unstable households navigating trade-offs between essential and aspirational goods.
T30: Households demonstrating aspirational consumption patterns indicative of the middle class, but not necessarily 'wealthy' by global standards.
Malaysia's middle-class still economically vulnerable, only richest 30% show aspirational consumption, study says - the edge |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-1-2025 11:51 PM
sebab aku tak dok Sukau..
tu yg aku tau..
Yg aku pasti..sgt sgt sgt pasti..penjilat walanon yg dulu melalak zaman pak lah harga benda semua naik..naik 5 sen bising naik segala apa pun bising..zaman jibby..zaman cirit pun memekak...skrg ni zaman madanon punya senyap nak mampos terpaling redha...sgt2 pasti ye..mmg aku sembur kaw2 org tu..dulu x habis2 melalak..annoying nak MAMPOSSSSS |
|
|
|
|
|
|
|
PMX mana pergi santan kelapa...
Pergi kedai runcit skrg dah x Ada dan susah nak dpt..
Ya Ada santan kotak tapi Ada lauk-pauk memang kena guna santan ori baru rasa enak dan puas masakan itu.. Hmm skrg ni siapa sorok kelapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 4-1-2025 11:08 AM
harga naik bukan salah mana2 gomen...
sama ada Bee End, Pee Een ataupun PH
harga naik akibat matawang fiat (matawang yang tidak disandarkan dgn emas atau silver)
masa Bee End and Pee Een perintah..
aku perhati jer mereka2 yg memekak pasal harga naik ni..
depa x paham purchasing power matawang fiat makin lama makin jatuh
|
|
|
|
|
|
|
|
1944 - 1971 : matawang USD disandarkan 40% dgn gold
semua matawang dunia adalah USD based
sejak USD in 1971 no more sandaran dgn emas
sejak itu lah harga barang naik aka inflasi berlaku
tengok sekarang..
harga emas makin tinggi..
kalo 1,400 tahun dulu 1 dinar bole beli sekeor kambing
la ni 1 dinar pun bole beli sekor kambing
1 dinar = 4.25 gram (gold purity 999)
|
|
|
|
|
|
|
|
walanon merepek2
sekarang terus merepek
dulu nak tangkap zahid
alih2 zahid jadik tpm
berdemo tertonggeng2
zafrul aziz rilek2 ja
---
aku try nak tulis ikut style walanon.. tapi tak jadik la
dah masuk tahun 2025 ni, walanon2 senyap je walaupun mcm2 isu berlaku... tapi walanon masih tetap mereng merepek2 |
|
|
|
|
|
|
|
sebab base semua matawang dunia adalah USD..
maka..
selepas 1971..
semua negara diseluruh dunia alami inflasi
inflasi bukan hanya berlaku di Mesia sajork
seluruh dunia kena
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 1-1-2025 08:12 PM
Ilmu apa ko pakai sampai boleh tau..yg memekak pasai ayam naik 5 posen tu beli kopi rega berbelas ...
Ilmu palatoa bang |
|
|
|
|
|
|
| |
|