CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9525|Reply: 0

[Dunia] Anak stress dipaksa tukar kolej, nekad bunuh mak bapak sendiri

[Copy link]
Post time 2-1-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar kejuruteraan berusia 25 tahun didakwa membunuh ibu bapanya gara-gara tertekan selepas diminta menukar kolej pengajian.

Insiden tragis itu berlaku pada 26 Disember lalu di Nagpur, India, namun hanya terbongkar pada Rabu selepas mayat kedua-dua mangsa ditemukan di dalam rumah mereka, lapor Indiatoday.

Menurut polis, berdasarkan hasil siasatan, suspek melakukan jenayah berkenaan susulan tekanan daripada ibu bapanya yang mendesak untuk menukar kolej selepas beberapa kali gagal dalam peperiksaan.



"Oleh itu, ibu bapanya mahu dia berhenti dalam bidang kejuruteraan dan memilih sesuatu yang lain. Bagaimanapun, suspek menentang cadangan mereka," ujar Timbalan Pesuruhjaya Polis (Zon 5) Niketan Kadam.

Tambahnya, suspek bertindak mencekik ibunya dan kemudian menikam bapanya.

Suspek kemudian menghantar adiknya yang tidak menyedari kejadian berkenaan ke rumah saudaranya, dengan alasan ibu bapa mereka sedang menyertai kursus beberapa hari.

Kejadian terbongkar apabila pihak polis menerima panggilan berhubung bau busuk yang datang daripada rumah mangsa, sebelum siasatan di lokasi kejadian menemukan mayat mereka.

Suspek kini sudah ditangkap dan siasatan lanjut terhadap kes itu sedang dijalankan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.592785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list