View: 9529|Reply: 9
|
[Dunia]
Marah sebab video TikTok, Suami tampar dan hentak kepala isteri sampai mati
[Copy link]
|
|
Gara-gara bertengkar tentang kandungan video TikTok, seorang lelaki berusia 46 tahun bertindak kejam terhadap isterinya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Insiden meragut nyawa wanita berusia 42 tahun itu berlaku pada Ahad lalu di Sumenep, Indonesia.
Menurut Ketua Polis Sumenep, Henri Noveri Santoso, kejadian bermula apabila suaminya menunjukkan video di TikTok tentang ketaatan seorang isteri kepada suami.
Respons mangsa yang dianggap 'kasar' mencetuskan kemarahan suspek dan kemudiannya menuduh isterinya itu berlaku curang.
Lelaki yang hilang kawalan itu kemudian menampar pipi kanan dan kiri berulang kali, menghentak kepala serta memukul bahagian kepala, badan dan paha mangsa dengan tangan.
Kata Henri, hasil autopsi menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat terkehel tulang leher.
Sementara itu, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.
Suspek kini ditahan polis di Sumenep dan didakwa di bawah Undang-Undang Penghapusan Kekerasan dalam Rumah Tangga.
Dia berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda 45 juta Rupiah (RM12,500) sekiranya disabitkan kesalahan. -mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak kena taat lg ke kalau laki pun penagih |
|
|
|
|
|
|
|
Laa taik dadah ka. Tak guna cakap byk dgn tahi2 mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita konoha level sampah camni takyah la bawak masuk ci..
Rakyat indong tu ramai.. mmg laa ada perangai pelit2 |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki bila dia nak sesuatu, dia gunalah perisai agama. tp bila dia nak kena jalankan tggjwb dia sendiri, ttiba agama mcm x berapa nak ingat. puih! |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya membunuh tanpa niat lahni kan
sekejap sangat lah penjaranya |
|
|
|
|
|
|
|
dah pendadih ade ati nk suh bini taat...agknye mcm tu kot bini dia mengata ke dia..tercabar le member |
|
|
|
|
|
|
|
pendadih yg entitlement.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ndon ni sehari mati 5k rakyatnya pun takpa kot. Ramai sangat. Takkan pupus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|