Edited by maklukpenggoda at 3-1-2025 11:32 AM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan beragama Islam yang melakukan kekecohan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, disahkan mengalami masalah mental sejak April 2022 dan tidak menerima rawatan sejak setahun lalu.
Naqib Masjid At-Taqwa, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir, berkata berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek tidak menerima rawatan sejak Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Katanya, susulan kejadian itu, pihak polis sudah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu di siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Justeru, pihak masjid memohon kerjasama orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka yang tidak baik.
"Ketika suspek menceroboh, dia bercakap seorang diri dan seperti dalam keadaan tidak normal hingga berlaku sedikit pergelutan ketika jemaah dan anggota polis hendak menahannya.
"Malah, ketika pihak masjid ingin menghalang pergerakan lelaki itu, dia terus membuat kekecohan dan mengganggu jemaah solat Subuh selain turut merosakkan sebuah televisyen sebelum meluru ke hadapan saf dewan solat utama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
BH
|