CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18055|Reply: 99

Lelaki bukan Islam ceroboh masjid lakukan provokasi disahkan sakit mental

[Copy link]
Post time 3-1-2025 08:41 AM | Show all posts |Read mode







KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan beragama Islam yang melakukan kekecohan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, disahkan mengalami masalah mental sejak April 2022 dan tidak menerima rawatan sejak setahun lalu.


Naqib Masjid At-Taqwa, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir, berkata berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek tidak menerima rawatan sejak Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Katanya, susulan kejadian itu, pihak polis sudah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu di siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


"Justeru, pihak masjid memohon kerjasama orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka yang tidak baik.


"Ketika suspek menceroboh, dia bercakap seorang diri dan seperti dalam keadaan tidak normal hingga berlaku sedikit pergelutan ketika jemaah dan anggota polis hendak menahannya.


"Malah, ketika pihak masjid ingin menghalang pergerakan lelaki itu, dia terus membuat kekecohan dan mengganggu jemaah solat Subuh selain turut merosakkan sebuah televisyen sebelum meluru ke hadapan saf dewan solat utama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.





Terdahulu, tular satu video seorang lelaki bukan Islam disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di TTDI, awal pagi semalam.


Kejadian yang dipercayai berlaku sebelum solat Subuh itu tular dalam satu video berdurasi 2.46 menerusi laman media sosial Facebook milik seorang individu sejak tengah hari tadi.


Sumber – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 09:51 AM | Show all posts
tau dah...........
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape le org sejid pukul mat mereng ni.. tgkp aje udahlaa.. patut tgk dia lain mcm tuu patut halau siap siap....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 09:57 AM | Show all posts
masalah mental sama bahaya dengan masalah2 kesihatan yg lain ye..
dan yg merisaukan kadang org yg ada masalah mental dia akan mencederakan diri sendiri / orang lain tanpa sedar
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:05 AM | Show all posts
ada kemungkinan ada api kebencian pada umat islam semasa waras hidupnya, dah gila  nak kacau masjid. knp tak pergi rumah ibadat lain? sendiri boleh pikir la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 3-1-2025 09:54 AM
Ape le org sejid pukul mat mereng ni.. tgkp aje udahlaa.. patut tgk dia lain mcm tuu patut halau sia ...

Itu la pasal. Cuba halau elok2 atau pegang bawa keluar ke, sebab tengok macam ada kawan dia juga yg pakai seluar pendek tu cuba dok pegang tarik mamat tu.

Iols ingatkan suara mamat mental tu yg bertempik, rupanya suara pokcik kopiah putih baju putih dok angkat kain pelekat nampak stokin tu. Bukan main lagi. Yang pokcik berjubah tu pun kenapa la dok tendang2 mamat tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2025 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan orang cmni pun KO nak berlembut dan berlebih kurang. Dia ada je kawan2 dia follow. Apa pasal kawan dia tak hambat dia awal2. Biar dia sampai saf depan sekali. Padan muka dengan kawan sekali kena cepuk. Mamat mental tu pun sebelum kena pukul pun terjerit2.
Aku rasa dia mabuk. Mental tu alasan lama. Tapi trigger jadi cmtu maybe sebab mabuk. Gila dia datang time orang subuh kot.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 10:45 AM | Show all posts
Orang gila. Hantar keluar dahlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Elehhh..ttiba klua plak kad oku
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:26 AM | Show all posts
Semalam dah ada thread ni tapi cuma highlight bukan islam dalam usaha memprovok kebencian, baca artikel baru tau gila.

Harap MCMC pantau sikitlah wartawan cari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:38 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 3-1-2025 10:05 AM
Itu la pasal. Cuba halau elok2 atau pegang bawa keluar ke, sebab tengok macam ada kawan dia juga y ...

Selak jubah sampai nampak aurat macam cerita pak pandir, marah sangat le tu. Mamat mental tu tak ada lah violent nampak defensive ja. Sorang lagi pokcik jubah kelabu tu siap menendang2 perlu ka? Kalau ada yang report polis, memang merasa lah dok lokap satu malam, bukti dah tersebar satu dunia.

Orang yang di belakang kamera pun tak setuju, 'mob mentality' katanya. Bangun pagi2 sembahyang subuh berjemaah nak kerja syurga tapi akhlak gagal ko rasa dek?


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:39 AM | Show all posts
karipap_sadin replied at 3-1-2025 10:56 AM
Elehhh..ttiba klua plak kad oku

Yang menentukan OKU atau tidak itu pakar, bukan senang2 boleh sendiri print.

You have a problem with that?

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-1-2025 11:38 AM
Selak jubah sampai nampak aurat macam cerita pak pandir, marah sangat le tu. Mamat mental tu tak a ...

Iols sebagai muslim rasa malu pulak tengok kelaku gitu, seorang muslim pakai sempurna berkopiah berjubah dan di dalam masjid tapi bersikap kasar dalam tangani situasi sedemikian.

Tengok jemaah lain buat "nohen" je, mungkin sebab dah ada security dgn kawan2 mamat mental tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pulak yang acah moslem madani tersakiti bila jemaah berkasar dengan ' orang gila' ganggu masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 12:02 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 3-1-2025 11:50 AM
Iols sebagai muslim rasa malu pulak tengok kelaku gitu, seorang muslim pakai sempurna berkopiah be ...

Yang reti malu akan rasa malu la, yang tak reti malu akan rasa bangga kot.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 3-1-2025 09:54 AM
Ape le org sejid pukul mat mereng ni.. tgkp aje udahlaa.. patut tgk dia lain mcm tuu patut halau sia ...

Kan dh kenapa ngn pokcik2 tu baran plak
Bukan ke ada polis tu
Biarlah pihak berkuasa yg selesaikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tak duduk TTDI tu... jangan dok baca bawangan orang luar berdasarkan video semata.

Kenyataan bertulis dari Masjid TTDI pun sebut mamat tu memang ada penyakit mental.
Kalau tak, takkan laa bapak budak tu berkejar² dengan kereta dan masuk masjid utk tarik keluar anaknya dari situ.

Paling best, ada yang tulis dan share dlm medsos,
"...Kurang ajar kapir nyaris tak mati. Tengok kapir di zaman kerajaan Madanon, betapa kurang ajarnya sekarang."

Mesti air tangan melayu ultra ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 3-1-2025 01:15 PM
Yang tak duduk TTDI tu... jangan dok baca bawangan orang luar berdasarkan video semata.

Kenyataan b ...

Oo rupanya yang dok tarik mamat mental tu ayahnya la, ingatkan kawan2 dia. Kesian si ayah tu. Mesti rasa segan dan malu dengan kelaku anak tu. Tapi paling kesian part anak tu kena tendang2 oleh pokcik2 masjid tu. Apa la agaknya perasaan ayahnya tu.

Ke si anak tu mula2 ada bersikap agresif kat jemaah masjid tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mabuk je.sempat kencing x?mcm penampakan burung hitam...pandai plak dia zip kan balik...mcm waras plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah mmg marah tp ada antara atok2 yg tak dpt kawal sgt marah tu apsal? Dismackdownnya mamat tu bapak dia dah apesal tak padan dgn dok sakit lutut. Takat luku kepala ok la lg udah bengong sgt.. Isk aiol pun geram gak kot nak menggila pun gi le padang ke apa ke ni tempat ibadat org gak yg dia pilih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.294732 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list