CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22735|Reply: 0

[Tempatan] Situasi Covid-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM

[Copy link]
Post time 4-1-2025 04:55 PM | Show all posts |Read mode



Putrajaya: Situasi Covid-19 di Malaysia terkawal, dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian yang berkaitan dengannya dilaporkan sejak April 2024.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

KKM berkata, kes positif yang dilaporkan menurun -50.4 peratus kepada 100,666 kes pada 2024 berbanding 202,962 kes pada 2023.

Sementara pengisian katil bukan kritikal menurun daripada 0.68 peratus kepada 0.21 peratus dan pengisian katil ICU menurun daripada 1.21 peratus kepada 0.39 peratus.

KKM memberitahu jumlah kematian akibat Covid-19 turut menurun pada 2024 dengan hanya 57 kematian berbanding 441 kematian pada tahun sebelumnya.

"Situasi Covid-19 masih terkawal, tiada peningkatan mendadak kes yang memerlukan rawatan di ICU dan tiada kematian dilaporkan sejak 25 April 2024," menurut kenyataan itu.

Bagi jangkitan influenza, KKM berkata, virus influenza A dilaporkan menurun 61 peratus pada 2024 berbanding 66 peratus kes pada 2023 manakala influenza B meningkat 39 peratus berbanding 34 peratus pada tahun sebelumnya.

KKM memaklumkan walaupun jangkitan influenza tidak wajib untuk dilaporkan atau dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), namun KKM sentiasa memantau kes influenza di seluruh negara.

"Peningkatan jangkitan saluran pernafasan akut pada hujung dan awal tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya, selaras dengan peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara lain terutamanya yang bermusim sejuk seperti China," menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar proaktif menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitannya kepada orang lain terutamanya ketika berada di kawasan tertutup dan sesak.


Sumber : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.037207 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list