View: 35978|Reply: 1
|
Afdlin Shauki bengang semua pelawak dituduh 'main barang'
[Copy link]
|
|
Pengarah dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki tidak menyenangi sikap segelintir individu menuduh semua pelawak mengambil barang terlarang hanya disebabkan insiden pelawak ditahan, baru-baru ini.
Afdlin berkata, bukan golongan artis sahaja, malah ramai juga orang biasa terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Namun, golongan artis sering menjadi sasaran disebabkan populariti.
"Suatu ketika dulu golongan penyanyi sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
"Di luar ramai mengambil barang terlarang ini, tapi selalu dijadikan sasaran adalah artis sebab popular dan dikenali.
"Saya tidak senang sikap netizen yang suka pukul rata. Tapi, bila kes membabitkan ilmuan agama, adakah kita akan cakap mereka bermasalah? Tidak, sebab mereka ahli agama," katanya yang ditemui pada majlis sidang media drama bersiri, Din Tiger arahannya yang bakal menemui penonton menerusi platform Unifi TV bermula 6 Januari ini.
Tambah Afdlin, ramai pelawak berkerja keras menyara keluarga tanpa menyentuh barang terlarang.
"Bila ada beberapa kes, semua pelawak dituduh 'main barang'. Sebenarnya, ia terserah kepada seseorang individu bagaimana nak bawa diri.
"Kalau nak diri bersih, bersihlah. Setiap individu berbeza, jadi doakan yang terbaik supaya mereka dapat perbetulkan diri.
"Ada yang mungkin teraniaya. Jika betul, kita harap mereka dapat keadilan sebaiknya," katanya.
Afdlin turut menasihat orang luar yang tidak tahu kedudukan cerita sebenar agar tidak menokok tambah hingga mengeruhkan lagi keadaan.
"Jangan kita menokok tambah cerita, sedangkan kita tak tahu betul atau tidak mereka bersalah," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|