CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8071|Reply: 5

Hasilkan semula video promosi TMM2026 langkah tepat, wajar - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

[Copy link]
Post time 10-1-2025 02:56 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menghasilkan semula video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 disifatkan sebagai langkah tepat.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar, berkata tindakan itu wajar selepas mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan selain kemajmukan masyarakat di Malaysia.


Katanya, semua sedia maklum institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada Malaysia.


"Saya faham kegusaran umat Islam di negara ini, tetapi secara peribadi sebagai menteri agama, saya tidak rasa dengan video ini ia menampakkan perkembangan Islam itu tidak mekar kerana kita ada banyak pelan atau program untuk mempertingkatkan syiar Islam.


"Tetapi kita memang tidak boleh nak elak, kerana masjid itu adalah satu imej penting dalam negara kita kerana ia lambang perpaduan dan sebagainya. Jadi kita berharap selepas ini ada perincian video yang memasukkan elemen masjid dalam TMM 2026," katanya hari ini.


Sebelum ini, video montaj TMM 2026 menerima kritikan termasuk pemimpin pembangkang yang menggesa MOTAC menarik semula video terbabit kerana didakwa cuai susulan tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat paparan rumah ibadat lain seperti gereja dan kuil.


Berikutan itu, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan pihaknya akan membuat semula video promosi itu mengikut zon dan tempat menarik di setiap negeri.


King Sing berkata, pihaknya mengaku tidak berpuas hati dengan video promosi TMM 2026 yang dilancarkan sebelum ini.


Berikutan itu, Mohd Nai'im turut menasihatkan orang ramai terutamanya yang bukan Islam bahawa untuk membina sebuah negara yang berjaya dan Madani itu memerlukan inti pati kesatuan dan perpaduan.


"Elemen itu sangat penting. Kita tak mahu hanya kerana perkara kecil ini dan mungkin (ia berlaku) tanpa niat akan menyebabkan masyarakat berpecah belah," katanya.


Dalam pada itu, Mohd Na'im turut menyatakan pelbagai pelan dan program diadakan di Jabataan Perdana Menteri dalam memartabatkan syiar Islam.


"Memartabat syiar Islam di Malaysia adalah keutamaan Kerajaan Madani yang sedang dilaksanakan dengan penuh giat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah.


"Usaha pengukuhan Islam ini sudah digerakkan secara bersepadu bersama semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).


"Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara," katanya.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas viral kena kecam baru terhegeh nak buat balik
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau pembangkang tak berbunyi tak adanya menteri nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat balik tu...bayar lg ke vendor @ buat secara foc
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 06:41 PM | Show all posts
Apa kaitan menteri agama dengan tourism business, Malaysia ni ada tanah haram ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:21 PM | Show all posts
bila cina komeneh jadi menteri pelancongan.....
REDHA jer laaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.348981 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list