CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21964|Reply: 14

[Tempatan] Owner kedai makan dipuji, bagi air lebih sebab minum air ada ais

[Copy link]
Post time 11-1-2025 08:47 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang peniaga makanan dipuji apabila memberikan air tambahan kepada pelanggannya yang memesan minuman berais yang mana tindakan itu jarang-jarang dilakukan oleh orang lain.

Menerusi hantaran Thread ainsrjddn, dia memberitahu telah memesan minuman berais dan dia turut diberikan satu lagi air sewaktu bersarapan di sebuah kedai diusahakan pasangan suami isteri di Andalas, Klang.



“Pak cik memang bagi lebih sebab ada ais,” katanya yang berkongsi perbualan peniaga tersebut selepas dia bertanyakan mengenai perkara tersebut.

Pemilik akaun itu berkata, ini pertama kali dia diberikan air lebih oleh peniaga sekiranya memesan minuman berais.

“Dah 30 tahun hidup baru pertama kali kedai bagi air lebih sebab minum air ada ais.

“Secara logik, bila minum air ada ais, air yang sebenar akan berkurang kan? Jadi pak cik ni bagi air lebih satu cawan juga untuk kita tambah.

“Tak terfikir aku kedai buat mcm ni. Pak cik memang bukan meniaga saja-saja di dunia, bukan nak untung semata-mata. Semoga murah rezeki pak cik dan mak cik sekeluarga,” katanya.

Berikutan itu, ramai yang memuji tindakan peniaga tersebut selain berkongsi harga minuman berais sebenarnya lebih mahal berbanding minuman panas.

“Pertama kali dengar orang meniaga macam ni. Biasanya minuman ais lagi mahal sebab katanya kos ais tu. Bukannya bagi lebih air sebab ada ais,” kata seorang pengguna Thread.

“Kalau ikut logik, macam ni lah sepatutnya. Kalau kita pesan air teh panas, dapat penuh satu gelas. Kalau pesan air ais, air dapat suku saja. Bagus pak cik ni,” kata seorang individu.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Amenderrr la

Patutnya awal2 letak ler harga teh dengan ais
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya buat mcm kedai lain yg jual air mineral. Nk sejuk, bg ais asing. Charge laa.. adehhhh…
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
la kedai mkn aku selalu singgah kat kuantan
teh ais refill free je
ko minum la smpi perut kembung
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:05 AM | Show all posts
Kedai makan depan Baitulmal Kpg Baru dia bagi minuman free juga. Makanan sana sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lama dh tau...dedulu Aku selalu order teh panas...pastu minta ais......jadila teh ais....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2025 10:20 AM | Show all posts
Skuau replied at 12-1-2025 09:21 AM
Aku lama dh tau...dedulu Aku selalu order teh panas...pastu minta ais......jadila teh ais....{:1_542 ...

bijakkk..aku pn buat mcm tu..klu lmbt2 minum dh xde rs
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 05:19 PM | Show all posts
kalau cmtu kena bagi lagi secawan ais la
sbb ais mula2 da cair kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 13-1-2025 05:19 PM
kalau cmtu kena bagi lagi secawan ais la
sbb ais mula2 da cair kan


Konsepnya infiniti nanti dapat lagi teh tanpa ais.

Jariah yang tidak putus putus
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-1-2025 05:39 PM
Konsepnya infiniti nanti dapat lagi teh tanpa ais.

Jariah yang tidak putus putus

Bagi lebih daging ayam sebab ada tulang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 07:35 AM | Show all posts

Kedai Pakistan di tempat aii bagi free teh tarik. In & Out dan segala fast foods pun bagi air refill sampai boleh kembung perut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kedai hipster, letak ais hancur, sekali sedut habis ayor..hahaha...
Tinggal lah ais.hancur sendirian
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 08:55 AM | Show all posts
shernazz replied at 14-1-2025 07:38 AM
Kalau kedai hipster, letak ais hancur, sekali sedut habis ayor..hahaha...
Tinggal lah ais.hancur sen ...

pastu harga air macam babi import brazil
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 09:38 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-1-2025 05:39 PM
Konsepnya infiniti nanti dapat lagi teh tanpa ais.

Jariah yang tidak putus putus

mintak jela lagi ais kan
lagi la pahala dia tak putus
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 10:10 AM | Show all posts
shernazz replied at 14-1-2025 07:38 AM
Kalau kedai hipster, letak ais hancur, sekali sedut habis ayor..hahaha...
Tinggal lah ais.hancur sen ...

sebab itu kadang2 sebelum masiuk kedai hipster kene tegur air mineral dulu, sikit utk hilang dahaga

minuman tu utk hiasan bergambar dn utk rasa2 je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.383700 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list