View: 7992|Reply: 4
|
Wanita menyampah dengan mak mentua, warning jangan sibuk nak bela cucu melebih-lebih
[Copy link]
|
|
Melahirkan zuriat ke dunia ini merupakan satu anugerah yang terindah buat seorang wanita.
Walaupun perjalanan yang menanti selepas itu penuh liku, naluri seorang ibu pasti lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak yang dikandungnya.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita memberikan teguran pedas mengenai peranannya sebagai seorang ibu dengan harapan dapat menghindari campur tangan pihak luar.
Menurut wanita itu, dia kurang gemar untuk menerima teguran dan nasihat berkaitan bayinya tanpa diminta.
"Aku secara peribadi memang tak suka kalau ada orang terpaling sayang dan jaga anak aku sampai membelakangkan aku sebagai mak.
"Budak tu duduk dalam rahim aku selama 9 bulan tau, dia adalah anak aku. Sedar diri tu sikit. Kau jangan nak melebih-lebih, kalau nak cakap banyak, pergi guna rahim tu untuk bersalin sendiri," ujarnya berang.
Ketidakpuasan hati wanita tersebut dipercayai ditujukan kepada keluarga mentuanya.
"Insiden ni berkaitan mak mentua aku yang terpaling tahu semua benda, aku dah pesan daripada awal dekat suami... budak ni aku yang lahirkan tau.
"Memang aku geram, dia (mak mentua) nak bergaduh dengan aku tapi pada waktu sama sayang anak aku... eh tak tahu malu ke?
"Kalau nak terpaling sayang pun anak aku tu, tunggu la aku mati dulu, ini maknya masih bernyawa. Kuncinya di sini berpada-pada, jangan nak melampau sangat berbanding ibu bapa budak tu.
"Ini dibuatnya macam kita tak sayang anak pula," kata wanita itu mengakhiri kata.
Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam situasi yang hampir serupa.
"Saya pernah juga terkena, masa tu baru awal berpantang, badan kurang bermaya, tiba-tiba dengar suami video call dengan keluarga dia. Banyak betul pesanan yang mereka bagi untuk anak, saya hanya mampu tahan telinga.
"Itu anak saya, saya tahu apa yang saya nak buat. Tak perlu nak terpaling mendidik. Simpan je pengalaman awak tu dekat diri sendiri, biar saya besarkan anak dengan cara saya.
"Ada sekali ni badan anak naik bintik merah sebab kena gigit nyamuk, kemudian mak mentua datang tengok anak, dia cakap begini... Ya Allah, kesiannya cucu aku. Sambil tu dia pandang saya macam saya gagal jaga anak," kata pelayar.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adalah penting bagi keluarga untuk menyokong ibu bapa baharu, tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk membuat pilihan mereka sendiri tanpa merasa dihakimi atau terjejas.
SPRUNKI GAME
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki kau pun dulu 9 bulan duk dalam rahim dia. Kalau dia tak jaga elek-elok tak berlaki lah kau. Kalau aunty tu tau orang mengata, mesti dia sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
Betullah apa pemouan tu cakap tapi kenalah ambil tindakan psikologi juga. Ko kawen bkn dgn lelaki je, but also the whole family. Long term relationship tu. Kalau SG, ambil je ilmu yg boleh pakai, yg x leh pakai tu masuk telinga kiri keluar tinge kanan. Pastu pura2 la skit. Nak x nak, mmg tpaksa belakon skit, as long as perkara tu acceptable lagi, baru jd mak ni pon x leh ego sgt. sbb xtau akan dtg mcm mana.
At least pempuan tu patut bsyukur family in law ambil berat. Ada kes yg SG baca siap nenek double standed kat cucu sendiri, lg sedih wehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sayawifenikmie at 15-1-2025 09:16 PM
nasibbaik tak ada menantu perempuan
based on bacaan ni, toksik nyaaa
ghisau dapat menantu macam ni
nampak mcm sangat benci MIL
macam mana ko boleh sayang anaknya
tapi benci mak kpd batang tubuh yg siang malam ko peluk ko belai |
|
|
|
|
|
|
| |
|