View: 19391|Reply: 3
|
Amir Raja Lawak teringin nak berlakon- watak OKU, cacat, kena buli pun okay
[Copy link]
|
|
Sekian lama menyepi daripada dunia lakonan kerana menguruskan perniagaan, pelawak Amir Raja Lawak memberitahu dia sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran seni.
Kata Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 36, dia terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran yang difikirkan bersesuaian termasuklah sebagai orang kurang upaya (OKU) atau mangsa dera dan buli.
"Ada yang nak tawar job nanti boleh hubungi saya ya. Kalau ada watak sedih-sedih macam watak kena dera ke, watak cacat ke atau watak kena buli saya memang berminat nak buat.
"Tahun lepas saya memang fokus meniaga sahaja, tawaran berlakon memang ada cuma saya tak ambil sebab tengok seronok berniaga.
"Untuk tahun ini, insya-Allah saya akan mula ambil tawaran berlakon," katanya.
Amir berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu.
Dalam perkongsian tersebut, Amir turut memaparkan paparan skrin perbualan di aplikasi WhatsApp di mana dia menerima tawaran menjalani penggambaran drama selama lapan hari.
Kata Amir, dia bersyukur kerana diberikan peluang kembali berlakon namun akan tetap memberikan fokus terhadap perniagaannya selepas tamat penggambaran berkenaan.
"Alhamdulillah dalam masa terdekat ini kembali jadi artis sekejap. Dah habis penggambaran nanti, sambung jadi usahawan semula. Dah setahun ni tak makan nasi produksi," ujarnya.
Untuk rekod, Amir mengusahakan produk minuman pelbagai perisa di bawah jenamanya iaitu Air Jagung Amirreka sejak 2017.
Selepas tujuh tahun menjalankan perniagaan air, pelawak berkenaan melebarkan sayap memulakan perniagaan menjual ayam goreng di bawah francais jenama APFC.
Sumber: mStr
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tlg la bg dia watak yg jauh dr lawak, dera, oku, sedih2. Come on amir, nk meningkatkan diri sbg pelakon kena la lakonan yg jauh dr diri yg sebenar. Contoh belakon jd penjahat serius, ganas, or usahawan or anak megah holdings. Ada je anak megah holdings yg x hensem. Contoh anak ex bos aku. Buruk, rambut blonde, bodoh lak tu. Berbalik kepada amir, klu ada producer or pengarah yg blh buat dia berlakon sbg doktor yg serius, mmg aku tabik spring. Selagi drama ala2 citer penyondol, citer laki bini, jodoh2 , mertua2 jahat, bini2 jahat, sbg tema utama, mmg setahun aku tgk drama 5 minit je. Ter tgk 15 saat pun, rasa mcm dah kena torture otak. Terus tukar channel sambil mengomel apa ke level pemikiran pembuat drama ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terus kan meniaga Je la amirika.... Sebab ko kalau berlakon aku turn off terus nk tengok... |
|
|
|
|
|
|
|
Aribaariba replied at 16-1-2025 10:55 PM
Tlg la bg dia watak yg jauh dr lawak, dera, oku, sedih2. Come on amir, nk meningkatkan diri sbg pela ...
Buat cite mcm doktor kerdil kat india. Ambil inspirasi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|