CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12871|Reply: 5

[Jenayah] Juruteknik berputih mata ditipu kenalan wanita 'sakit', rugi RM132,970

[Copy link]
Post time 16-1-2025 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Juruteknik berputih mata ditipu kenalan wanita 'sakit', rugi RM132,970
Oleh Alias Abd Rani - Januari 16, 2025 @ 7:00am
[email protected]

Gambar hiasan

MUAR: Niat baik seorang juruteknik untuk membantu wanita yang baru dikenali kononnya mengalami penyakit berakhir dengan kerugian lebih RM130,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pesakit.

Mangsa lelaki berusia 35 tahun itu mendakwa mengenali suspek wanita selepas melayari satu laman sosial pada Mei tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa kemudiannya menghantar pesanan melalui WeChat untuk mengenalinya lebih mendalam.

Katanya, sepanjang tempoh perkenalan itu, mangsa kerap mendengar luahan suspek yang menyatakan berdepan masalah kewangan disebabkan penyakit dihidapinya.

"Suspek memberitahu dia memerlukan wang untuk menjalani rawatan berkala. Disebabkan percayakan kata-kata suspek, mangsa dengan rela menghulurkan bantuan kepadanya.

"Pada 6 Jun tahun lalu, mangsa melakukan transaksi ke dalam tiga akaun berbeza berjumlah RM132,970.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut meminta bantuan wang tunai, namun tidak diendahkan kerana mulai curiga dan sedar dirinya sudah ditipu," katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam untuk tindakan lanjut.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 07:51 AM | Show all posts
ada lagi ke wechat ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:17 AM | Show all posts
aku kagum baca kisah scam mcm ni sbb terkujat tengok mangsa2 ada duit ratus2 ribu! hebat cara menyimpan dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 09:51 PM | Show all posts
kesian mesti tak pernah ada gf ni
bila ada org kekonon nak berkenalan terus cair
pastu sanggup berhabis duit
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 09:57 PM | Show all posts
duri_durians replied at 16-1-2025 08:17 AM
aku kagum baca kisah scam mcm ni sbb terkujat tengok mangsa2 ada duit ratus2 ribu! hebat cara menyim ...

entah2 pinjam kot
tahu2 je la org laki jarang nak menyimpan sangat sbb yg keluar biasanya lebih daripada yg masuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps baca berita psl monumen tah apa2 kat indon dgn harga convert duit RM..smp 300 ribu bersamaan 1.1 bilion rupiah...ko dik, klu duk indon, taraf ko mgkin millionaire dah... kehkehkeh awatla ko lurus bendul sgt...dunia ni byk tipu2 dik..jantan, betina, sotong semua blh jd penipu dik...hati2 la dims akan dtg..ingatan ikhlas dr den walau ko pun xketahuan duk ceruk mn, forum busuk ni pun mgkin ko xtau... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049301 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list