CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8287|Reply: 0

Biden akui campur tangan Trump bantu kejayaan rundingan gencatan senjata di Gaza

[Copy link]
Post time 16-1-2025 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) dipilih, Donald Trump (kiri) dan Presiden AS, Joe Biden, di Rumah Putih, Washington DC, AS, November lalu. - Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, dan Presiden terpilih, Donald Trump, mengakui perjanjian gencatan senjata yang dicapai membabitkan pertukaran tebusan di Gaza diperkemaskan selepas beberapa bulan rundingan, namun dibantu oleh wakil Trump.

Biden dalam pengumuman kejayaan gencatan senjata itu, berkata perjanjian akhir sebahagian besarnya menyerupai rangka cadangan yang beliau kemukakan pada Mei lalu.

Beliau tersenyum apabila seorang wartawan bertanya siapa yang akan tercatat dalam sejarah sebagai penyumbang kepada gencatan senjata itu, berkata, "Adakah itu satu gurauan?"

Sementara itu, Trump dalam satu hantaran media sosial menyatakan sebahagian daripada kejayaan perjanjian itu hasil semakan dan rundingan yang berbulan-bulan dilaksanakan yang sebelum ini tersekat.

Beliau turut memberi amaran bakal mengenakan "hukuman berat" jika perjanjian itu tidak dicapai sebelum beliau mengangkat sumpah pada Isnin ini.

"Perjanjian gencatan senjata ini hanya dapat berlaku berikutan kemenangan bersejarah kami pada November lalu, yang memberi isyarat kepada seluruh dunia bahawa pentadbiran saya akan mencari kedamaian dan merundingkan perjanjian untuk memastikan keselamatan semua rakyat Amerika Syarikat dan sekutu kami," kata Trump.

Trump menghantar wakilnya di Asia Barat, Steve Witkoff, untuk menyertai rundingan di Doha, dan Witkoff hadir untuk 96 jam terakhir dalam proses rundingan yang membawa kepada kejayaan perjanjian itu.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Biden dalam satu taklimat bersama wartawan memberi penghargaan kepada Witkoff kerana membantu merealisasikan perjanjian itu, bekerjasama dengan utusan Biden, Brett McGurk, yang berada di Doha sejak 5 Januari.

Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, memberitahu wartawan bahawa Biden mahu pasukan Trump turut terbabit kerana Trump akan bertanggungjawab melaksanakan perjanjian gencatan senjata itu nanti.

"Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami telah berbicara sebagai satu pasukan," kata Biden.

Biden tidak memberikan butiran terperinci selain daripada rangka besar perjanjian yang telah diketahui, tetapi mencadangkan bahawa ini boleh menjadi langkah awal ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaulat bersebelahan Israel.

"Untuk rakyat Palestin, satu laluan yang boleh dipercayai, dipercayai sebuah negara mereka sendiri. Bagi rantau ini, sudah tentu menjanjikan satu masa depan normalisasi, integrasi Israel dengan semua negara Arab, termasuk Arab Saudi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.749609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list