CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27259|Reply: 12

Sherry Alhadad Tak Kisah Bakal Suami Gaji Lebih Rendah - “Jika pendapatannya kurang daripada saya, saya terima"

[Copy link]
Post time 17-1-2025 11:29 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad berkata dia percaya dengan perancangan Allah dan dia pernah mempunyai impian untuk berkahwin serta memiliki tiga cahaya mata.


Memetik Media Hiburan, Sherry berkata sebagai manusia dia hanya mampu merancang dan tidak pernah tersinggung jika ada yang bertanyakan bila dia akan berkahwin.


“Saya memang nak berkahwin. Cita-cita saya ketika tingkatan lima dahulu, pada tahun 2020, saya sudah berkahwin dan punyai tiga orang anak.


“Namun, kita hanya boleh bermimpi dan berangan. Jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan. Kenapa pula nak tersinggung bila orang tanya bila nak kahwin. Mungkin mereka nak berbual sahaja,” katanya.


Sementara itu, Sherry berkata dia tidak menolak kemungkinan ramai lelaki takut untuk mendekatinya kerana dirinya seorang selebriti.


“Pada saya, mungkin ramai lelaki yang takut nak dekat dengan saya kerana mereka mengatakan saya terlalu dominan dan high maintenance. Padahal saya bukanlah high maintenance pun.


“Saya seorang yang sangat mudah dan tenang sahaja. Mungkin mereka juga nervous melihat saya sebab asyik bergurau sahaja dan entah bila masa nak serius.


“Mungkin mereka ingat susah nak menyaingi energy saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih bersopan santun,” katanya.


Dalam pada itu, Sherry berkata dia juga tidak kisah dipertemukan lelaki yang berpendapatan lebih rendah asalkan seorang yang bertanggungjawab.


“Saya okay sahaja. Saya pun tiada ciri-ciri lelaki idaman yang tetap. Kalau lelaki itu boleh dibawa berbual, berbincang dan seorang yang bertanggungjawab, okay sahaja.


“Jika pendapatannya kurang daripada saya, saya terima. Saya ini orang biasa sahaja. Cuma pekerjaan saya sahaja di hadapan tv dan orang melibat macam glamour. Padahal, saya tetap manusia normal macam orang lain,” katanya.




SUMBER: Media Hiburan, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 12:39 AM | Show all posts
seeoloknya cari yang sekufu lah kalau boleh

bukan apa, taknak la timbul itu ini di kemudian hari nanti

semoga semua ditemukan jodohnya, amin
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekufu penting, xde org Malaysia omputeh pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal berlaki ?
Kang tak dpt duit raya ko merempan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 18-1-2025 02:45 AM
Asal berlaki ?
Kang tak dpt duit raya ko merempan

Spot on sis

Meols perasan Sherry nie kalau mengacara, suka selit2kan pasal masih single
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
xyahlah kahwin dengan Mlayu.

"Katanya, jika saya berniat untuk berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tidak, tak payah kahwin katanya,” kongsinya.

Bak kata slipah eni.

Kahwin dgn Mlayu silap2 belum apa2 dah dipaksa bongkos ghambot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2025 10:15 AM | Show all posts
Saya kan ada..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 10:39 AM | Show all posts
Ikut kata Tok. NAz… rumah orang tua2 sekarang best2…ada laki buat apa…umur dah hujung2 ni kan…baik enjoy yourself with quality people…takut kawen waktu karier dah stable, laki lak buat perangai….belum kira kena sakit kronik ..lelaki kalau ada sakit, ngada2 je lebih…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah kawen la cherry.. Enjoy je la hidup single, nak gi mana nak beli apa takde sapa nak larang.. Dah tua2 gini nak hadap perangai mak mertua n ipar duai bukan senang.. Hidup dah elok aman damai, kang mengandung pulak nak kena layan sakit badan, loya2 segala.. Baik lah tenang2 je hidup.. Ada duit boleh order catering jamu rumah anak yatim ke tahfiz ke sebulan sekali. Pastu gi jalan2 oversea..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah ler sis. Baik takyah kawin Dr kawin dgn laki miskin dari ko. Tak pasal2 kena tangung sorg lagi nanti. Bila perasaan insecure tu dtg bila gaduh, dia bodyshame ko. Ko tgk org lain kawin x semestinya ko kena downgrade and kawin gak sis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa cery ni bakalan kawen dgn laki yg duit kepuk2 jugak sebab cery ni nampak jenis high maintenance walaupun she cubby tapi she jenis bersiap lawa tam la nampak busuk..beza la dgn partner dia dulu si julin terdampar dah kurus pun still nampak busuk dimata aku..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ada cousin lelaki baik yakmat tp belum jumpa jodoh. Gaji pun lebat juga. Tp Sherry lagi banyaklah sbb retis ada nama. Cemaner nak kenalkan dgn sherry? Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn asal berlaki..chenta tak boleh kenyang kalau xdak duit..hidup skg ni keras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.670477 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list