CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6402|Reply: 7

Sedondon dengan Amira demi kerja – Fattah Amin

[Copy link]
Post time 19-1-2025 12:08 PM | Show all posts |Read mode



Bagai direstu, kemunculan pelakon Fattah Amin yang sedondon dengan rakan gandingan, Amira Othman pada majlis Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, mendapat sorakan gemuruh.

Fattah atau nama lengkap Abd Fattah Mohd Amin, 34, berkata, mereka menggayakan persalinan senada rona gelap demi memenuhi kehendak klien, sekali gus enggan ambil serius tanggapan orang luar asalkan beri impak terhadap jenama diwakili.

  


“Ini adalah rezeki atas kepercayaan diberikan pihak syarikat seperti kerjasama kami sebelum ini. Macam yang saya pernah katakan, kita saling bantu membantu.

“Jakel ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu mempromosi produk. Apabila mereka bersetuju menggandingkan saya bersama Amira, itu menunjukkan kepercayaan.

“Kalau perkara itu beri impak positif kepada pihak yang mengambil dan mempercayai kami, saya fikir tiada masalah untuk teruskan kerjasama kami berdua,” katanya selepas pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall di sini, semalam.

Terdahulu, nama Amira, 31, disebut sebagai wanita paling akrab dengan duda terhangat itu selepas penyanyi berkenaan mengundang Fattah tampil dalam video muzik single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

  


Fattah bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Amira pada Sabtu lalu menegaskan kerjasama dalam muzik video terbabit hanya gimik antara syarikat rakaman Sony Music Entertainment dengan pengurusan Fattah.

Pihaknya mengambil risiko bekerjasama dengan aktor tersebut sekali gus menerima semua komen dan kritikan sama ada negatif mahupun positif.

Sementara itu, kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 turut menampilkan lapan duta lain termasuk
Nabil Ahmad dan keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna bersama keluarga, Senariounion, Tiktoker Sallywho bersama suami serta Upin & Ipin.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahha taste fattah bkn Gini,klu tak takkan Dulu boleh kawen ngn fazura Kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bukan taste dia pun...tp dh dedua jd duta jakel ..memey la kena pakai sedondong khen
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.. amira dah kena friendzone
Hahaha
Acik keledek bleh balik masuk q..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tak berduit ke nak gajikan hijab stylist..serabut serabai
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik Epal muka fake pun jadi duta jekel?

Takpelah Patah clearkan bahawa mereka kerja.

Sebaliknya Kemek is trying sooooo hard nak potray kpd semua bahawa dia dan saddick sedang bersulam cinta. Lidi pula pebambah rasa. Kemek siap jawab 'personal' bila ada yg tanya psl Dick. Padahal boleh jawab kami berkawan dan sama2 jadi duta primatebelek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dat girl mcm wife wukong
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya ramai komen kat Tiktok merestui mereka berjodohan. Iols macam mengimbau zaman2 dia dengan Fazura berpakaian sedondon promosi drama HSC dulu. Jangan Amira yang syok sendiri sudahlah nyah. Dulu dia macam tak terkenal pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053522 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list