Dalam pada itu, Zubir memberitahu dia pernah bermimpi kedua-dua belah tangannya masih ada walapun sudah reda dengan keadaan fizikalnya.
Bagi Zubir, dia tidak melihat ia sebagai satu kesalahan merindui tangannya kerana ia pernah menjadi sebahagian daripada dirinya.
“Saya rindu, tak semestinya kita perlu rindu orang atau benda... tangan pun boleh," ujarnya.
Sementara itu, Zubir memberitahu sebagai manusia biasa dia pernah berasa kecewa dan tidak dapat menerima hakikat dengan keadaan diri sendiri.
Bagaimanapun sejajar dengan peredaran masa, dia mula bersyukur dengan segala nikmat diberikan kepadanya walaupun mengalami kekurangan.
“Dulu pernah saya rasa tangan ini macam tak berguna sebab tak boleh buat apa, tapi sekarang sudah tiada perasaan itu lagi.
“Sebab saya boleh buat macam-macam bawa kereta dan motosikal cuma saya rasa rindu... Kalau ada saya tak bersyukur terpulang," luahnya.
Sumber: mStar